Monday, December 30, 2002

Good Bye, Good Bye 2002


selamat tinggal dua ribu dua. selamat datang dua ribu tiga. suka atau duka, esok pasti jelma juga.

Thursday, December 12, 2002

Selamat Hari Raya EidulFitri.

Maaf Zahir Batin.

Kulli A~min Wa antum Bikhairin.

Sunday, September 29, 2002

Kocik singgah bertanya khabar..

otak yg tak berkembang.. aduss

Tuesday, September 24, 2002

Entah setan ape yg merasuk..

Mengapa semakin hari semakin goyah jiwa ini? Aku kembali lalai pd Pencipta.. astaghfirullah :(

Sunday, September 22, 2002

Qaywhat, Lani & Iming singgah dr kg, balik ke KL..

Friday, September 20, 2002

Are you insured? For your peace of mind..

Lepas semayang Jumaat, aku ngan Ika pegi briefing Insurans ArabMalaysian kat atas opis Pok Awi. Saja amik hati org tua tu, berpuluh kali pesan kat kami suruh hadir. Hmmm.. aku mmg dari kecik tak suka apa-apa bentuk bisnes part time camni samada MLM ke ejen apa-apa ke.. entahlah kalo Ika minat.. komisyen mmg byk.. 35%. Dengar kisah-kisah kejayaan dorang (dorang cakap sbg pembuka minat- motivator as tak knal maka tak chenta..), sedikit sbyk buat aku interested gak.. but then, lepas balik umah, campak forms ntah mana-mana.. nanti senang-senang aku involved la ngan keje-keje camtu.. skang ni rasanya byk lagi benda nak buat tak tercapai.. :)

Forum Perdana

Malam pegi padang astaka, ada forum perdana.. Mula-mula janji nak pegi ngan Ika, last minute Ika tak sehat.. (muntah-muntah? loya-loya? erkk..) Aku pegi sengsorang, duduk kerusi kat depan sebelah brader ni (ustaz kot aku rasa).. iskk, letih la plak aku layan komen-komen dia..

Tajuk : Masyarakat Penyayang (belakang dia aku tak ingat dah... pjg sgt tajuk dia)

Pengerusi : Hassan Ali
Panel : Dr Aziz Hanafi
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Pn. Che Noraini Hashim (Prof Dato' Dr. Harun Din tak jadi datang, ganti ngan pensyarah KUSZA ni)

Lama tak dengar Forum Perdana.. tapi kat Kemaman ni, kira bersyukur laa.. majlis-majlis ilmu macam ni tak putus.. Penceramah2 'heavyweight' kerap bertandang ke sini.. Kat padang astaka ni, boleh dikatakan setiap bulan ada 'Islamic big event'. Ceramah politik kat kampung-kampung dan perumahan tu jgn cakap la.. :) AlhamduliLlah..

Aku akui ttg kekurangan barisan pemimpin yang boleh jadi 'role model' kpd anak-anak muda dalam masyarakat sekarang. Barisan artis jgn cerita laa.. Ramai pemimpin yang dah lupa matlamat sebenar. Kalau main bolasepak tu, ingatlah matlamat tu - nak jaringkan gol. Jangan la sibuk nak cabut kemuncup yang lekat di kaki seluar.. itu YB Tuan Ibrahim yang cakap, bukan aku.. :)

Tuesday, September 17, 2002

Aku Ingin Pulang


Kemanapun aku pergi
Bayang - bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab s'mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du... du... du...

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa - bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku ingin pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...
U... hu...
Aku harus pulang...

-Ebiet G Ade


** Aku rasa dah makin malas nak updek jernel ni.. mungkin aku tutup je jernel ni someday.. masalah hidup bertimpa-timpa membuat aku jadi bosan untuk terus bermain dengan melankolia :{


Monday, September 16, 2002

Mari Bercinta

Saat kau peroleh rasa
Dalam makna cinta
Tak hiraukan semua angkara

Hanya satu buah titah
Yank kami ejawantah*
Terlalu banyak cinta kan binasa

Yang indah kau rasa
Yang manis kau beri
Walau itu hanya sementara

Lihat dirimu...
Semakin jauh mengayuh
Lewati segala tujuan hidup yang mungkin kau tempuh

Tentukan yang utama
Yang satu tercinta
Kan jadi teman hidup yang setia

-SO7


** ade sesape leh trenslet?

Wednesday, September 11, 2002

Kenapa?



Tak ada apa. Nak ikut, tiru macam Akak Dokter boleh? Nak update sebulan sekali. Terima kasih.

p.s Eh! Kepompom tak ok lagik ek? Hmmm...

Monday, September 02, 2002

Maaf..maaf..maaf..


.: Three Stooges :.

Terlepas lagi. Kali ni giliran teman sekampung, rakan baik dari kecik, dari tadika.

" Mak ayah aku memang dari kecik dah latih aku berdikari. Masa hari pertama tadika dulu, diorang 'ragging' aku pergi carik sendiri tadika tu. Masa tu kami bertiga. Aku, Yati (sepupu aku) dan dia menangis terisak-isak mencari jalan ke tadika tak jumpa. Masing-masing pujuk sesama sendiri dan akhirnya bergabung minda menjadi Power Rangers dan jumpa jugak walaupun dah hampir nak tengahari. Dan sejak hari itu, kami bertiga bagai belangkas setiap pagi berjalan kaki ke tadika. Pagi-pagi lagi, dia sampai rumah aku dan kami berdua pergi ke rumah Yati, meneruskan perjalanan menuntut ilmu mencari pengetahuan asas pendidikan.

Keluarga kami mmg cukup mesra dan rapat. Aku tak ingat macamana keluarga aku 'start' boleh rapat dengan dia sekeluarga. Nak kata berjiran, rumah lamanya jauh gila dgn rumah aku, tambah pulak dia sekeluarga bukan anak jati kampung aku. Abang dia, Zarir, sebaya dengan Kak Pa, kakak aku dan adik dia, Zahiri, sama baya dengan adik aku, Mawar. Satu kisah manis kanak-kanak yang aku tak boleh lupa ialah peristiwa kami dikurung lam reban ayam bawah rumah dia. Mak ayah dia tak bagi naik rumah sebab kitorang, aku dan dia satu team, kakak aku dan abg dia team lain - team 'jahat', berebut ayam katik. Duduk la kami bawah rumah tu menyalahkan satu antara lain.

Sekolah rendah, aku bertiga beradik dan dia bertiga beradik bersekolah satu bumbung. Semua sekelas, maksud aku 'tiga pasang' kami satu kelas. Sampai sekolah menengah, kami berpisah. Tapi ttp akrab bila sesekali balik bercuti. Lepas SPM, dia tak sambung mana-mana, kerja kat kampung, Masa cuti panjang semester (long vacation) tahun pertama matrix, aku balik kampung ajak dia lepak kat KL ngan aku. Masa tu cuti 3 bulan (sekarang ni aku rasa dah takde 'long vac' kat u kan?), aku dan bebudak UIA bercadang keje part time kat KL, kami duduk apt. Abadi Indah Man Nien, Jln Klang Lama (Malau -senior masa KI, student UM masa tu menyewa situ tapi diorang semua balik bercuti..) Di situ, sekali lagi kami bergelumang dalam perit, susah payah hidup bujang. Namun, dalam susah, dalam payah, kami tetap bernama remaja ketika itu, yg tak punya waktu utk berkeluh duka.

Masih ingat kita 'tong-tong' duit syiling, buat tambang bas mini pergi kerja? Tambang pergi sudah cukup buat kita sbb bila sampai di Sg Wang Plaza tu, kita boleh hidup. Kawan terlalu ramai di sana. Pun, aku pernah menjadi pengemis di bumi sendiri sekali tu. Aku pergi keje sorang diri sbb aku dari hostel matrix, terpaksa amik 2 bas mini nak ke Sg Wang. Sampai di Bangkok Bank, nak tuka bas, baru aku terperasan duit tambang yang aku bawak cukup-cukup tu, tercicir entah ke mana. Pertama kalinya aku belajar menjadi peminta sedekah. Menebal muka meminta simpati wargakota. Semua memandang sinis, ada yang cepat-cepat menjauh dengan pandangan hina bila aku mendekat. Kau tahu siapa yang murah hati menolong aku? Seorang makcik Indon di pondok telefon, bersimpati menghulur syiling satu ringgit. Hari itu, pagi itu, syiling satu ringgit memberi erti yang amat besar nilainya bagi aku. Demi seringgit (aku hanya minta 60 sen sebenarnya, tambang bas mini merah jambu..), baru aku tahu tinggi rendah bumi Tuhan ini.

Pukul 5 petang, ada yang rehat, ada habis kerja, dan terlalu ramai yg saja datang berkumpul melepak, kita 'conquer' air pancut bawah tu, lepak mengelilingi 'fontain' buat macam rumah hostel sendiri. Pernah mak guard datang sound kita sbb kita bising, buat sampah merata-rata, tapi Akai balas balik dengan selamba.. "Eh makcik! Kami budak UIA laaa..." Masa tu aku rasa malu nak ngaku budak UIA *tutup muka~tutup muka*. Petang habis kerja , kita teruskan destinasi ke rumah kedua, HRC. Bergaduh, bertekak dgn staff India jaga pintu tu sbb slalu masuk pree, masuk happy hours.. Subuh, tiada duit, kita tunggu bas mini lagi.. Sesekali kita berlagak 'anak-anak load', menumpang Merc bapak Naza hantar balik umah. Kita remaja, kita tiada masa berbicara pasal kemelut picisan masalah negara.

Tak lama, abis cuti, dia kembali ke kampung. Mungkin tak tahan dengan cabaran hidup di kota ini. Mungkin serik mendengar syahdu takbir raya haji tanpa keluarga (kali pertama kata dia, beraya tanpa keluarga..) Kami kembali membawa haluan masing-masing. Aku sibuk dengan perjalan hidup aku yang bersiur tak sudah, dan akhirnya aku dengar dia sudah berhijrah ke Kemaman, bersama Perwaja. Dan bumi Kemaman ini juga akhirnya menjadi saksi, kami kembali bersama. Setelah aku bertekad menutup semua sejarah hidup, aku mengikut dia memperjudi nasib di daerah ini, daerah yg terlalu asing dan tak pernah terlintas utk aku menoktahkan segala-galanya di sini.

Kini, dia kembali ke kampung, lewat penutupan Perwaja. Tinggallah aku di daerah ini, yang dulunya asing tapi kini sudah kuanggap halaman sendiri, tanpa dia. Hari ini, dia menjadi raja sehari, naik pelamin; tanpa aku sebagai salah seorang tetamu kenduri di hari yg penuh bermakna dalam hidupnya itu.. Masih layakkah aku bernama teman sejati? Maafkan aku MOHD ZALANI ABDULLAH!"

Aku terkilan. Amat. Hari Jumaat minggu lepas, dia datang sendiri ke Chukai ni, ke kedai ini, menghulur sendiri kad undangan rasmi perkahwinannya. Petang tadi Ma telefon. Marah-marah sebab aku tak balik. Tiada guna segala hamburan alasan. Hari ini, aku terlalu kecil, terlalu miskin dalam menterjemah istilah persahabatan.

...............................................................

"Selamat Menjadi Pekerja Contoh, Mama.."

Ika aku (kena mention 'AKU' tu nanti Rafthah sound aku lagik.. hehe!) secara rasminya menjadi kakitangan Wijati Sdn. Bhd.
Mungkin sinar ini bakal menerangi hidup kita selamanya. Insya~Allah.

Saturday, August 31, 2002

Keranamu Malaysiaku..


.: Merdeka! :.

Hubbul Watani

Mencintai tanahair itu adalah fitrah yg wajib bg seorang insan bukan? Aku juga seorang insan yg patriotik walaupun baru tahun ni aku terperasan yg tema hari kemerdekaan Malaysia ni dah hampir empat tahun di'beku'kan, dicatu hanya "Keranamu Malaysia" sebegitu.. Aku tak tahu apa relevan (dan hidden agenda) pembekuan tema tu semenjak peristiwa DSAI dijatuhkan dan dihina sebegitu hebat 'gelombang rakyat' tahun 1998 dulu, tapi yg aku agak perasan ialah darjah keghairahan semangat 'nasionalisme' aku sejak peristiwa tu jatuh merudum.. entahlah.. aku rasa bukan aku sorang je warganegara Jalur Gemilang ni yg berperasaan cam aku.. atau mungkin aku sorang.. isk.. aku tak reti nak ulas.. semua maklum..

Merdekakah aku? Merdekakah korang? Ya.. hari ini Hari Kemerdekaan negara kita dengan erti kata kita merdeka dengan mempunyai Perdana Menteri dan pemimpin dari bangsa pribumi tanahair bukan lagi bangsa asing. Maka merdekalah kita dengan masih tidak mahu mempunyai hak menentukan perlembagaan dan undang-undang yang bangsa dan agama kita sendiri anjurkan kefardhuannya.

Mencintai tanahair itu fitrah yang wajib seorang insan. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 45 buatmu Malaysia tercinta.

p.s Malam Merdeka tahun ni yang paling banyak dosa aku buat dengan menyumpah dan menyeranah tak henti-henti mat-mat motor yg begitu 'merdeka' ekzosnya, memulas tali minyak semahunya depan kedai aku ni, sampai takleh tido lena.. hampeh!

Friday, August 30, 2002

Lari : Sekuat Hati


.: Lari :.

..nak main game tak ileh!

Isk! Dah tak ada dah suara merengek yang manja tu. Petang tadi kami menghantar kembali Abang ke rumah abah di Bukit Tajau, setelah hampir tiga minggu berjaya 'menculik' dia. Sesungguh aku terlalu rindukan suasana ini agar kekal di sini selamanya. Alangkah bahagia dan berertinya hidup ini andai setiap apa yang kita ingin dan harap, bercantum dalam keredhaan yang termakbul. Alangkah!

Terima kasih buat sekian kalinya Hj Thal dan anak-anak, kerana sanggup meluang masa bersama kami sekeluarga.

Monday, August 26, 2002

.: Lelah :.

Hari minggu - Mari Bersosial



A'ah.. baru aku perasan. Dah agak lama rupanya aku jadi 'kera sumbang' yang tak menyumbang apa-apa aktiviti sosial sejak sebulan dua ni. Hari minggu semalam aku rasa 'huha-huha' sket, dikunjungi kawan-kawan yang ada urusan di sekitar Kemaman ni.

Jumaat : Tokan - Encik Irwan, lecturer IT kat IIC yang semakin tinggi perutnya tu bersama Toha - pekerja part-time kompeni IT yg tak pernah tak tinggi perutnya tu sejak KI sampai UIA sampai grad sampai Kemaman hari ni, singgah menjenguk aku di Chukai ni sebab dorang ada kursus PTD kat INTAN Kemaman.

Malam tu, tetiba aku dapat call yang tak pernah aku jangka tapi sekali dengar suaranya, ayat pertamanya tu pon aku dah teka siapa.. " Hello NgaH, saya ni, orang Terengganu tapi kerja kat Ipoh.. bla.. bla.." Ceh! Lobo nak memperkenalkan diri, takut aku tak cam dia, dengan menggunakan uslub ayat sopan santun yang tak beh langsung tu.. hahaha.. dia ada company trip kat Awana Kijal, yang 'tentative'nya hanya makan tidur.. so, dia nak datang cari aku kat Chukai ni..

Maka pada malam tu juga, aku dan Lobo menjadi spyz spy tak berkemahiran, menyusuri jalan menceroboh pagar INTAN (tapi kami lambai kat Pak Guard tu, dia senyum je.. bukan ceroboh la tu.. malas nak benti, takut nanti byk sgt protokolnya..) Isk! Call Tokan asik tak dapat, takde line dalam INTAN ni kot.. camne nak carik dorang ni? Tengok list peserta kursus kat 'board', jumpa nama Tokan - kumpulan Merah 2. Laa.. taruk la nombor bilik hostel skali.. hehehe.. ingat asrama sekolah ke? Lobo dgn lagak machonya menahan seorg awek, tanya ada aktiviti tak masa ni.. dan dengan ayu yg jelas nampak semacam di'kontrol-kontrol', awek itu memberi satu ide yg bernas kat kitorang. "Saudara berdua nampak ensem.." "Apakata kalo sedara-sedara pi tanya urusetia dalam bilik tu.." Ibujarinya dituding ke arah bilik berpintu kaca kat sebelah. Tak sangka pulak pakcik urusetia yg bertugas tu peramah dan suka tersenyum, kontra dgn kebiasaan petugas CS yg sinonim dengan raut mencuka dan suka membebel.. Kami bukan shj dapat penerangan jadual aktiviti peserta kursus, malah nombor bilik diorang sekali. Nampak gayanya, kalo sesapa nak 'squatting' kat ostel INTAN ni tak byk la masalahnya. Sila la..

Pendek cerita, malam tu misi kami berjaya la.. Akhirnya jumpa Tokan lam kafeteria. Kami ingatkan ada group discussion, tgk dari jauh sumer serius jer bermesyuarat meja bulat, tp rupa-rupanya Tokan cakap aktiviti menekel awek jer tu. Naik bilik, jumpa Toha.. huha huha (riuh-rendah cam bessa bila Toha berjumpa Lobo).. jumpa jugak sorang member lama UIA dulu.. aku tak ingat nama betul dia tp dulu panggil dia Ace ke Ice jer.. lupa.. tapi sbb muka dia cam Ace Ventura kot, takpon macam Vanilla Ice.. budak BEN, eh.. malu aku.. dia ingat nama aku sbb dia 'ex-roomate' aku masa matrix Lembah Pantai dulu.. uwaaa... kaver.. kaver.. berlagak cam bessa.. Pastu, ajak dorang kuar minum bla bla bla...

Esoknya, Lobo turun lagi Kemaman. Hantar dorang naik bas malam tu.. Tokan takleh lepak lama sebab esok pagi students dia ada mid-term.. Dapat kenal Fajar, junior UIA, budak HS yg aku tak sempat knal pun dulu, skang jadik lecturer PA kat UiTM Dungun, pastu sorang lagik AJ, junior jugak, bukak kedai kat Centre Point (kedai cenderamata dia byk koleksi ala-ala Hidup Dlm Blues -stereotype, aku tak suka sbb aku bukan awek.. hehe) bla bla bla.. kesimpulannya, awal-awal aku rasa meriah sbb lama tak jumpa kengkawan lama, tp ending tu rasa terpinggir lak, sbb rasa cam reunion bebudak UIA.. bila cam reunion, mestila byk cerita-cerita lama yg terbabas.. aku malas dah blues-blues.. aku tahu la aku tak grad, drop-out UIA.. :(

Lobo : Ko ingat tak NgaH, bila kali terakhir kita jumpa.. Hahahhahaha *gelak sakan berbaur sinis*
Aku : Tak ingat.. tak ingat.. World Cup ari tu aku turun KL, jumpa bebudak..*blurr.. recall sakan*
Lobo: Tak yah cerita la pasal World Cup! *nada emosssss gile*
Kami: ~Senyap kejap~ *tribute pada skuad Italy*

Entah bila la boleh jumpa Lobo semula..




Friday, August 23, 2002

.: Painting by Veronica Tee - Galeri Petronas :.

Musyakalah

Hmmm.. Tak abis-abis lagi agenda menghentam orang berilmu agama kat Berita Perdana ni. Letihnya bulu telinga aku ni mencuri-curi dengar kat tv. Mengapa dah jadi sampai begini sesat putar-belit yg dihidang? Daripada sepatah ayat yang begitu menyentak keegoan seorang hamba Tuhan, diolah dipesong hingga menjadi begitu dayus sekali. Lebih menggegarkan tangkai hati umat Islam yg lemah imannya ini, ayat-ayat songsang menutup kelemahan peribadi itu diucap oleh mereka yg mempunyai pengetahuan yg bukan sedikit ilmu agamanya, memiliki warkah pengiktirafan kedoktoran dalam bidang falsafah, malah pemimpin-pemimpin negara yg mewakili golongan beragama di negara ini. Hati ini sedih. Kami adalah golongan 'awwam' yg memerlukan penjelasan dan penambahan ilmu-ilmu agama, bukannya ilmu penjelasan yg sesat begini. Beruntunglah mereka yang dibukakan hati, didorong untuk mencari penjelasan dari sumber-sumber yang benar, tapi bayangkan betapa ramai golongan 'awwam' yg menerima bulat-bulat 'fatwa songsang' itu? Na'uzubiLlahi min za~lik..

Benarlah kata-kata tempelak Ust Hj Omar masa kuliah Aqidah Ahlus Sunnah Wa Jamaah kat masjid lepas maghrib tadi. Mereka sudah menjual ukhrawi yg abadi dengan duniawi yg fana ini. Mereka bukannya orang-orang biasa yg bebal ilmu agamanya. Kalaupun mereka ada kelemahan, tak ingat, tak faham, buku rujukan bab aqidah mereka masa kat Al Azhar dulu dah dimakan anai-anai lam lemari, sekali mereka tanya Tok Guru, baca sikit-sikit pun boleh faham bab Musyakalah ni. Mereka bukan tak faham, mereka tak mahu faham kerana mereka adalah penyambung lidah-lidah syaitan! Keras, tapi kebenaran adalah suatu yg haq!

Aku tahu aku tak dapat 'mumtaz' lam SKK dulu tapi aku bukanlah terlalu jahil untuk dimomok dengan hujah sesat para sarjana syaitan-syaitan bisu..!
................................................................

Teman, panggilan itu terlalu istimewa!

Bayangkan bagaimana perasaan anda, pada suatu petang Jumaat yang damai, tiba-tiba anda mendapat panggilan talian daripada seorang teman yang tak pernah anda kenali lahiriahnya tapi terasa macam terlalu dekat rohaniahnya, yang tak pernah anda sangka walaupun sering ketawa sengsorang membaca lawak tulisannya (dan berputar akal sesekali mencanai senggang mindanya), semacam bermimpi bersuara di hujung gagang! Terkesima? Terkedu? Kelu? Hmm.. kalau pemanggil itu adalah yang berlawanan jantina mungkin aku tak mampu mempamer sebarang reaksi kot, tp memandangkan dia adalah dari kaum yg gagah perkasa seperti aku, aku masih mampu berlagak 'machurrr' --> ayat Tembakau, pengaruh Nett(?).

Terharu adalah frasa yg amat indah utk diluahkan atas panggilan ringkas bertanya khabar itu.

Berjuta kalungan terima kasih Abang dan Kakak atas ingatan dan perhatian!

Thursday, August 15, 2002

Mungkin esok giliran aku?


"Abang.. abang tak rasa sedih ke? saya sedih la bang... rasanya baru je lepas jumpa dia.."

Ika memandang muka aku dengan sayu. Kami masih di atas sejadah, baru selesai baca Yassin malam Jumaat dan khasnya untuk arwah sekali. Maghrib tadi kami baru mendapat berita sedih, khabar belasungkawa atas pemergian seorang rakan kerana terlibat dengan kemalangan motosikal.

"Hujan petang tadi, arwah nak memotong kereta tu agaknya; tak lepas. Terbaring di atas jalan, ada kereta lain langgar lagi. Arwah meninggal kat hospital." Seorang utusan, rakan bujang arwah datang menyampaikan berita di kedai.

"Ni nombor telefon rumah arwah kat kampung, abang tolong cakap kat keluarganya.." Utusan itu sudah tak bermaya bercerita..

"Takziah pakcik.."

"Apa pakcik nak buat nak..? Pakcik dah tak tahu nak buat apa ni.. Pakcik kena pegi sana ke?" Terlalu sayu aku mendengar suara yang terlampau pasrah tu. Aku juga masih dalam keadaan terkejut. Mendengar suara ayah si arwah yang tak tentu punca itu, aku seolah tumpang berkongsi panik.

"Seeloknya pakcik datang la sini.. nanti saya cuba hubungi abang dan sepupunya yang lain.." Aku cuba berlagak tenang. Aku pun tak tahu keadaan sebenar yang harus aku tangani nanti. Mana nak cari abang arwah, Yudy? Yudy kat KL tanpa sebarang nombor kecemasan untuk dihubungi. Sepupunya di Taman Perumahan Perwaja? Ikhlasnya, aku tak pernah kenal sepupunya itu. Oh ya! Abg Wa.. Abg Wa kenalan rapat keluarga arwah, mesti ada jalan.

Menggagau aku mencari balik no. henset Abg Wa, carik balik sim card.. Seghe cuba masuk chatroom, masuk room yang biasa Yudy lepak, atau sekurangnya tinggal pesan kat bebudak cc Lepakcafé.

"Wa.. Che'cess eksiden. Dia dah tak ada. Gemulah masih kat hospital.. Panjangkan khabar ni kat sepupunya yaa.." Abg Wa juga seperti aku, terpana. Namun aku begitu tak bermaya untuk memanjangkan perbualan.

Yudy dapat dihubungi melalui chatroom. Yudy call, berjanji sepantas mungkin cari jalan balik.

-----------------------------------------------------------------------------------

Abang tak rasa sedih ke?

Terngiang nada sayu itu menerjang segala kenangan bersama arwah. Che'cess adalah panggilan yang kami abadikan padanya ketika dia mula-mula sampai mencari arah di bumi Kemaman ini, mengikut langkah abangnya mencari rezeki di sini, meninggal daerah lahir Setiu. Gelaran yang pada awalnya berupa gurauan, mengambil susur gelar panggilan abgnya, Yudy, yang kami panggil Ngobok. ( Ngobok & Che'cess adalah panggilan tempatan spesis burung kampung). Panggilan itu sebati hingga ke akhir hayat arwah.

Arwah adalah seperti anak remaja lain. Selalu menyeringai riang dan ingin bebas. Tiap kali berjumpa dengannya, pastinya yang pertama aku perasan adalah sengih menyeringainya. Ringan tulang, tak pernah berkira macam abangnya juga. Masih segar kenangan awal-awal dulu, ketika Klikcafé masih di dalam kompleks Centre Point, semasa 'zaman bunga' arwah ber'couple' ngan Achik, yang ketika itu bekerja dengan aku. Setiap tengahari bila terjenguk kepala arwah di pintu cc, aku selalu bergurau sinis dengan mereka.. "Haaa.. nak bawak Achik time kerja, kena bayar aku sepuluh ringgit sejam.." Sengih.

Setiap minggu arwah singgah di sini walau tanpa tujuan, walau abangnya ada di cc ni atau tiada, atau walau sekadar menjenguk seminit dua membelek paper. Baru sehari dua aku, abah dan Ika terserempak dengan arwah di Taman Chukai Utama, awal pagi ketika menghantar Ika melapor diri hari pertama bekerja. Sungguh tak siapa menduga, sungguhnya Tuhan itu Maha Berkehendak, rupa-rupanya sapaan aku bertanya ttg kerjayanya pagi itu adalah sapaan salam yang terakhir.

Al-fatihah buat arwah Wahyu Idzwan dan sekalung takziah buat keluarga Wahyudhy dan Pakcik Zukara di Setiu.

Sunday, August 04, 2002

Menyisir Harum Pelangi


.: Menyisir Harum Pelangi :.

Julai yg terkapai-kapai itu sudah lemah tak tergapai.. Sepi tanpa julang, sudah mati lemas. Berkuburlah di situ, tanpa mahu kupacak nisan ingatan. Cukuplah sekali dihadir beriak 'Julai' sebegini. Tak ingin lagi kutemu, kutemani..

Selamat bertatih Ogos yg merah. Cepat-cepatlah belajar bertapak, dan berlari.. Kuat!


Aku tak mahu leweh-leweh lagi..

Aku dah belajar pelan-pelan menerima perubahan baru. Ogos harus tegar; segar bugar. Aku nak jiwai lewat semangat Tunku - Bapa Kemerdekaan, eh! tak tak.. aku lebih mengagumi kental perjuangan Dato' Onn - Pengasas Kemerdekaan sempena bulan Ogos ni.. Aku mahu jadi lebih degil dari Dato' Onn.. Kalau Dato' Onn tubuh tiga wadah saluran parti berbeza sepjg perjuangannya, aku kena tubuh 4 atau 5 parti tupperware sekurangnya.. Kalau Dato' Onn akhirnya tewas terluka, tidak disanjung di akhir-akhir perjuangannya, dan jarang sekali pengkisahan perjuangannya dicatit secara agung dalam catan politik tanahair, aku juga mahu lebih teruk dari itu.. sebab aku percaya, hanya 'petualang' yang sebenarnya seorang pejuang.

Demi satu perubahan hidup, demi sebuah masa depan yg kekal.. dan aku hadam lumat sebaris pernyataan hidup dr seorang pejuang sektor perbendaharaan yg terpaksa akur dengan protokol ketat untuk 'online' di pejabat baru bertangga seribu itu.. " Satu-satunya perkara yang kekal dalam hidup adalah perubahan.."

Selamat berulangtahun CAS!

p.s Eh! Tema Hari Kebangsaan tahun ni ape ekkk?? :) Aku tak ingat bila kali terakhir aku amik tahu benda-benda camni.. zaman sekolah kot?! :(

Thursday, August 01, 2002

Keluar kau, keluar.. ini tubuh badan aku..!


Saya tak tahu. Saya tak berkesempatan. Saya tak mampu.

Saya minta maaf ekkk kalau membazir masa awak-awak semua**, dah la lambat loading - masuk menjenguk entri yg sama 2,3 minggu ni.. "Saya pon rasa nak sepak jer muka rimau tu, encik.."

Saya masih tak berdaya, takde momentum yg mendesak.. mungkin esok saya dapat balik jiwa saya, saya sambung. Boleh? (jgn la cakap "boleh blah.." camtu. kesian kat pankreas© saya..)


awak-awak semua** baca ada la sorang dua yg saya selalu perasan kehadiran jengukan diorang, walaupun dlm sebulan Julai ni saya updek skali due jer :) Mungkin kalau mencecah 'jama~' pon, setakat tiga kot.. afdhal kalo saya sebut 'musanna' jer.. Maceh.. (angguk² sambil ber'su~u`zan' yg 2,3 org sahabat tu pon tersilap 'ketik' link tu, pastu nyesal.. hahaha!)

Saturday, July 27, 2002

Mencari kekuatan berdiri..


"Di sini
aku kembali dengan
tapak tangan yang luka
terhiris urat
namun tidak mati.."


Buntu yang kian mencengkam. Aku tiada pilihan. Aku harus mencari sesuatu yg tiada di sini. Mungkin di sana, sebagaimana waktu-waktu dulu, tika saat celaru begini, aku sedikit sebanyak menjumpai kekuatan bila berada di sana. Dan aku ingin kembali sekejap ke sana.

"Daerah ini tidak
pernah sunyi
dari kebosanan
tapi di sini
ada kekuatan.."


Aku sampai di bandar itu sudah malam. Bandar ini sudah tidak lagi kudengar bunyi cengkerik melalak ketika malam melabuh. Malam ini bandar ini meriah sekali. Pasar Besar yang sudah lama tinggal rentung itu sudah kembali berkelip, bernyawa. Bas-bas ekspres sudah mahu membelok, meluang masa seketika mengambil penumpang di stesen bas ini; walaupun terpaksa membuang masa sedikit lantaran stesennya tidak sehala di tepian jalan.

"Senyum...
Daerah ini penuh sulur
sinikal mendewasa hidup bergalur.. "


Teringat dulu ketika mahu pulang ke asrama, waktu-waktu sebeginilah mak ayah sekeluarga datang menghantar anak-anak menaiki bas. Setiap kali sekolah mahu buka, semacam ada pesta di sepanjang jalan besar itu. Masa itu, bas ekspres hanya berhenti sebentar di tepi jalan besar, menyedut penumpang di bandar ini dan meneruskan perjalanan. Masih teringat, kecik-kecik dahulu, mengikut keluarga hantar abg long naik bas pulang ke SDAR. Terhibur melihat telatah mereka berkejar ke utara, ke selatan, ke depan dan belakang tatkala ada bas yang berhenti. Memeriksa kalau-kalau bas masing-masing sudah tiba, memekik nama destinasi bas tersebut buat pengetahuan semua yang menunggu. Yalah, takut kalau ada yang tertinggal. Bas hanya berhenti sebentar cuma.
Selang beberapa tahun, giliran aku pula yang saban habis cuti persekolahan menunggu di situ. Di situ, aku masih ingat kata nasihat penuh pengharapan yang terakam dari bibir bonda, bersembang dengan Ustazah Zakiah, bekas ustazah aku sekolah rendah yang juga menghantar anaknya ke KISAS; "Kita mak ayah ni tak kisah kalau anak-anak gagal dalam bidang akademik andainya bisa cemerlang dalam akhlak tingkahlaku.." Aduh! Menusuk hingga saat ini..

"Ada yang terbuku
dan tak mungkin terbuka
Ruas yang bersegi
dan tak mungkin terbelah.."


Menatap wajah dimamah usia itu, ada kesyahduan yang tak mampu diluah. Ada ketenangan yang merobek-robek ulu hati ini. Menyindir harga diri yang tiada darjat tersisa ini.. Gumamku harus sentiasa begitu; dalam kemam yang demam!

Ma, izinkan aku meminjam sedikit kekuatan dari suci wajahmu..

p.s Singgah rumah Mak, ada Mawar yang cuti, kena denggi.

Tuesday, July 16, 2002

Buat Aku Tersenyum :)






                   


.,,.
. ,cd$$???Fc,
/ ". z$P"
.,,. ". .,ccc,
c" ` ?$$$$F c$"
,c"''`"$h $c $c zJP"" `".
? $".,.`$??'J$'
,$F ?$ $$$$$$$",J??F=. \
`" ??" J??
$$'( ,`" .,,. "? P 'c )
_,,===-- ,nmnnmnnJP ,.",c$$$L `-' ,c$$$$$$cc ( , $ J ,cc,.,.,,,.
,JMMMP" ,c, $$.J$$???"",c$$$$$$$$$$$$
`-' J$ J.. `"??"" _?
MMMMP c$$L J$P" ,r "????$$$$$$$$$$hc, ??$c "F"?$F==="
JMMMP """""?$$",JMM> ::::::.
"?$$$$$??""""= .,J" P . _.,,.
/
JMM nMMMn.`';MMMMM `::::::::.
"?"".::::::: .`" z$c.`4Mx ~'
'
JMMM 4MMMMMMx `MMMMMMx ``'':::: .::::::::' uMMMMx `?$$c "MMx
"MMML 4MMMMMMMx `MMMMMMMmn.. `:::::::' ,xJMMMMMMMb.`$$$ `MMb.
4MMMM MMMMMMMMx 4MMMMMMMMMMx `::::: xnMMMMMMMMMMMMb $$$ M""._
4MMMMM MMMMMMMMx "MMMMMMMMMMn `::: ,JMMMMMMMMMMMMMM ,$$' nMb.
`""=
.
MMMMMb 4MMMMMMMx.`4MMMMMMMMMb,..,xJMMMMMMMMMMMMP" ,$P' J?44>
,'
`MMMMMMn "MMMMMMMMb. `"4MMMMMMMMMMPPPPPPPPPMMP"" zc$F uMMP "
j'
"MMMMMMMn,."4MMMMMMMMbnx,,.`"'.,,,,ccccccc,. rc??" .xnMMM'.
"
"MMM 4MMMbn. ""44MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM .nMMMMMMM `c
"4, "4MMMMMMnx "MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMML JMMMMMMMMMM' "=.
`4MMMMMML `4MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM' MMMMMMMMM" "=
"PP"""" . "4MMMMMMMMMMMMMMMMMMP' uMMMMPP" `
?$ccc" J$$$. "4MMMMMMMMP" .,,,nMMMPP" .
"$$$
,$$$$$$cc,,. .,,. 4MMMPP"" .- J
. `$F
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$c, ' .,ccP" z$
. `F
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$> d$$$$" ,c$$h
;
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$',$$$P" z$$$$$
?c,
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ <$P" ,c$$$$$F `
`$$$c
`$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ P" .,c$$$$$$" .
$$$$
?$$$$$$$$$$$$$$$$$$P zJ$$$$$$$"'
$$$$h
`$$$$$$$$$$$$$$$$P" ,cd$$$$$$$$P' `
`$$$$.
$$$$$$$$$$$$$$$" . ,$$$$$$$$$$F c
' `?$$h
`$$$$$$$$$$$$$$$$$ ,$$$$$$$P"' .z$$h,.
. "$$.
$$$$$$$$$$$$$$$$$ <$$$$$P" ,c$$P" $$$
; "$h
`$$$$$$$$$$$$$$$F $$P"" .,cc$P"' .zJ$$$
$. ?$
$$$$$$$$$$$$$$$> " .,,c$$$$P"' ,J$$$$$$
J$$$c ".
<$$$$$$$$$$$$"" .,ccc$$$$$P"' z$$$$$$$$$




...............
BUAT AKU TERSENYUM
...............



Datanglah sayang
dan biarkan ku berbaring
Di pelukan mu
walaupun untuk sejenak
Usaplah dahiku
dan kan kukatakan semua


Bila ku lelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah
biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi
untuk menghindar


Rasakan resahku
dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu
walaupun untuk sekejap


Kerana hanya engkaulah
yg sanggup redakan aku
Kerana engkaulah
satu-satu nya untuk ku


Dan pastikan kita
selalu bersama
Kerana dirimu lah
yang sanggup mengerti aku
Dalam susah
ataupun senang


Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku (?)


Buat_Aku_Tersenyum.mp3




Seluas Pengertian Sedalam Ingatan


Sudahlah Sayang,
Aku bukan seorang pelukis yang romantis, bisa menterjemah bebongkah kayu usang menjadi istana germerlap di atas putih kanvas bakatnya. Paling mampu, aku ukirkan kata-kata cinta di atas usang kulit kayu itu, dan aku varniskannya biar gemerlap hati kelam ini.

Sudahlah Sayang,
Aku tak mampu menjadi Ajai yang romantis, bisa menggubah sebaris berita kemalangan cinta menjadi segugus lirik berlagu menyayat sanubari dan berhantu di juara carta berpurnama tanpa gugat. Paling sudah, aku jalin deretan berita malang itu menjadi rawanan doa pelindung, agar cinta kita tetap teguh selamanya tidak rapuh.

Sayang,
Pujangga tidak mampu berkarya, pencinta takkan reti bermesra, andai menyaksi derita hikayat kita dicerna luluh sebegini.

Tahukah kau betapa bermaknanya kehadiranmu disisiku sayang?

Monday, July 15, 2002






                   ^

/ \
/ \
/ \
/
...\--------------------------
/ ........\-------------------------
*/<......... \------------------------
* / ...... \-----------------------
* / ....\----------------------
* / \
* / \
* / \
* /_______________________\



dilema
yg meretak
terbelah
membahagi
tanpa simetri


terhukum
dalam selubung
rasa serba
payah; salah


..dan aku adalah
mereka yg kalah!


P . E . R . S . E . T . A . N !



Tersadung lagi


Maafkan aku,
Buat sekian kalinya ungkapan ini aku lontarkan padamu. Aku sedar, dan aku sememangnya sentiasa begitu. Aku selalu terngadah setelah bengkak begitu. Mungkin kau sudah bosan lali dengan aku yg tuli ini. Memang perasaan aku sering pekak.

Maafkan aku,
Prosa ini sewajarnya tidak aku huni lagi buat sekian kali. Aku terlalu menurut hasut yg menghimpit. Aku sudah bosan jadi aku yang seringkali menghiris rapuh jiwa halusmu. Kau tersiksa, dan aku lenang mengunyah sisa sakitmu. Memang aku jiwa yang sakit.

Maafkan aku,
Berkali terluka, kau masih setia. Jenuh terduduk, kau masih mampu memeluk erat tanganku. Kaukucup jemari ketar ini. Kaubalut hati kasar ini dengan tabah, kasih mulus seorang dewi. Memang hati aku cukup tenat.

Maafkan aku,
Aku begitu terhukum dengan kesetiaan agung milik peribadimu..

Saturday, July 13, 2002

Si dia menyerang lagi



Penangan yg paling aku tak gemar! Dah byk kali aku kena.. dah byk jenis anti-virus aku install.. aku lupa nak update definasi baru, dan ulat-ulat ni akhirnya berjaya menceroboh juga. Bosan. Aku rasa dah hampir tiga empat hari mereka bermaharajalela lam harddisk, menjalar bebas ikut 'Microsoft sharing' rangkaian aku ni. Semua kena. Memula aku ingat nak biarkan saja. duduk la korang kat situ puas-puas. Tapi banyak sangat komplen, rasa tak adil lak kat kastemer.

"Abang.. takleh main Half-life ni.. boring laaa camni..." Games tu pon satu, alah sgt ngan virus sekecik-keciknya hingga la mak nenek virus.. kalau boleh 'clean' pon, kena install balik.. tu yg 'hanginnn' tu...

"Pesal disket ni takleh nak baca?" Aku dah agak. Aku scan kat server. Buang sekor. Kasik balik. Kena balik.

Hari ni makin kronik. Aku dah letih. Aku shutdown satu hari. Puas hati la korang wahai penyebar virus ni.. dah la takleh nak cuci, kena fail windows, kena format balik.. sampai anti-virus tu pon ko telan ekkk?

Aku tak guna imaging drive software.. aku orthodox.. aku format, aku setup balik sumer 'Tetingkap'.. dah la pc kat sini ada beraneka keturunan.. dari zaman Taming Sari Hang Tuah, sampai la zaman Steyr ATM.. ada yang terpaksa aku pelimau dgn Win95, ada yang aku perasap kemenyan Win98SE, dan yg itu aku isi peluru WinME..

9 pc dalam satu hari? Sape cakap aku pemalas? aku bukan pemalas, tapi aku jarang jadik rajin...

Thursday, July 11, 2002









+------------------------------------------------+

| \\ // .:. \\ // .:. \\ // .:. \\ // |
|. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:|
|':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_|
|) : : (_(_)_) :.': (_(_)_) :<>: (_(_)_) : : (_|
|.:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. |
|' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':|
| // \\ ':' // \\ ':' // \\ ':' // \\ |
| \\ // .:. \\ // .:. \\ // .:. \\ // |
|. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:|
|':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_|
|) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_|
|.:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. |
|' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':|
| // \\ ':' // \\ ':' // \\ ':' // \\ |
| \\ // .:. \\ // .:. \\ // .:. \\ // |
|. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:|
|':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_|
|) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_|
|.:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. |
|' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':|
| // \\ ':' // \\ ':' // \\ ':' // \\ |
| \\ // .:. \\ // .:. \\ // .:. \\ // |
|. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:'_':. \\// .:|
|':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_(_)_':.\/.:'_|
|) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_(_)_) : : (_|
|.:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. (_) .:'/\':. |
|' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':. .:' //\\ ':|
| // \\ ':' // \\ ':' // \\ ':' // \\ |
+------------------------------------------------+



       Ku layarkan bahtera ini 

kerna di dada terpatri
cinta yang suci


Siapa sudi bertanya
Luka di hati
adakah menitis lagi


Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan
di pandangan mata


Menerjang ruang rongga
Kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian


Airmata tidakkan bisa
merubah perjanjian
Andai kasih harus berpisah
kecundang di tengah jalan


Apakah kita terpaksa
berkorban demi cinta
Sampai masa yang menentukan
tangisan akan reda semula

AIRMATA KASIH
-Saleem


Dalam Payah Begini

Ada lembayung kelabu mengiringi pemergian itu. Ada bongkah-bongkah kelam memayungi. Ada yang bercelaru mengusik-ngusik, bermain-main dengan darjah kesabaran yang semakin membeku. Redup pandangan ini mungkin tanpa riak berperasaan, bagimu. Kaku jiwa beku hati. Gerigis di dalam tak siapa yang nampak, tak siapa yang berani mengintai tampal. Pergilah dengan tenang, jangan diusik gelodak ini dengan tolehan kedua yg penuh berharapan itu. Sudah tak mampu kuusir surai serba salah yg payah ini. Dalam payah yang longlai begini. Masih perlu begini. Begini.

Dia kembali ke sana dalam aku masih begini.

Tuesday, July 09, 2002

..and they lived happily ever after.


"Pak Abu.. saya nak menjemput.. makan nasik minyak.."

"Ahaa.. aku ada dengar rumours tu.. bila?"

"20hb ni.. kat Keramat"

"Ooo.. kenduri rumah ko ekk? InsyaaLlah.. aku turun.. ko kat mana tu? Sabah?"

"Ko turun ekk.. aku kat Kg Baru, tgh minum ngan bebudak.. aku dah kat HQ KLCC balik.."

-----------------

Aril call.. Jemputan kahwin, walaupun aku dah diberitahu oleh kawan-kawan masa kat KL tempohari. Aril.. hmm.. sejak dia balik dr states, aku rasa baru 2 kali aku jumpa dia.. Last, masa bersama-sama ke kenduri Zuez kat Trolak hampir dua tahun lepas. Lepas tu aku dengar Petronas temporarily transfered dia ke Sabah. Mujurlah senggang hari tidak lama, jemputan Qirin 18hb kat Meru, rumah Hajar. Nampaknya minggu depan aku berpeluang menghadiri dua majlis kenduri cum 'reunion' budak² KI batch aku. Dah lama tak lepak ramai-ramai, bertanya khabar sambil menyelit lelucon, indah serpihan kenangan alam persekolahan. Bulan lepas, aku terlepas kenduri Cha'ang - antara rakan paling karib kat KI - dan kali ni aku tak mahu terlepas lagi.. Mungkin kali ni, ramai yg datang dengan status berbeza.. mungkin bakal ayah.. mungkin bakal ibu.. mungkin sebagai suami mithali..

Seronok melihat kawan-kawan di atas pelamin, tersipu malu-malu diusik teman-teman.. Lebih-lebih lagi, teman-teman itulah yang berkongsi tilam bantal di asrama sekolah dulu. Teman-teman yang cekal hati memanjat pagar Makam Diraja, menyelinap masuk ke asrama lewat dinihari setelah selesai berjuang Raiden dan Street Fighter di arked Chi Liung.. "Mana ada hantu.. Cikgu Ramli Ko-op ada laa.." Teman-teman yang bersama-sama sambung tidur bawah katil, tak mahu ke perhimpunan mingguan. "Malas ahh nak ikat tie.." "kasut aku kotor, tak basuh.." "stoking aku hilang.." "aku ngantuk.." Bukan tak pernah ditangkap, ditegur.. Masih ingatkah lagi sekali tu teman-teman, mereka dah tak hantar KP buat 'spot-check', sebaliknya semua warden turun menggempur hostel. Kita tidur berjemaah bergelimpangan kat bilik aku, lupa kunci pintu. Aku tersedar bunyi berderap-derap ala komando tapak kaki di luar bilik disusuli bunyi penampar berdas-das. Korang tidur bersusun atas tilam di lantai menjadi mangsa. Aku? Aku hero. Aku tidur katil atas, menyamar sebati menjadi tilam. Untungkan jadi orang kurus? Dan berduyun-duyun lah kita selepas tu ke dewan besar, membuat barisan istimewa di belakang, di tengah-tengah ruang antara deretan putera dan puteri KI. Kitakan muka tembok.. Usai perhimpunan, teruk kita dibasuh oleh Puan Harison. Dia terlalu baik kan teman? Dan minggu seterusnya, kita kembali rebah di tilam masing-masing. Kita budak 'Form Five' kan teman? 'Fivers' tak perlu berjemaah kat musolla lagi, tak payah bawak buku tazkirah dah.. "Haa.. bukak buku tu.. catit.." "Form Four! Jalan bukak dada yeee!! Mari sini!" "Ooo.. nak jadi taiko? Ikut aku masuk bilik.." Ayat-ayat itu dah jadi sejarah yang mendewasakan kita kan teman, dan tak mungkin berulang. Sekali dan seumur hidup. Mungkin sekarang ada yg menggenggam erat 'permata' itu, dan ramai juga yang masih mencari-cari kilaunya, di sini. Di luar sini.

Ini epik lama, teman. Terlalu lama.. dan banyak yang telah terpadam, kusam dan sebati mati. Yang tinggal hanya usang sebuah riwayat berdebu, tercatat Lagenda Bumi Wakafan.

.: Kutiplah mutiara indah, buat bekalan diri berpindah! :.

Monday, July 08, 2002

Terlalu lama dan panjang jeda kosong ini..


Restoren Penghiburan
a.k.a Kedai Makan Pak Majid


"Kau urus management betul-betul, NgaH.. akaun jaga betul-betul.."

Aku terangguk-angguk, sambil menyeringai menahan pedas tergigit ketulan cili api dalam sambal nasi lemak.

"Nanti aku dapat duit, aku ingat nak besarkan lagi. Kalau yg kat sini ok, management ok, kita bukak satu lagi kat Paka. Aku dah survey market sana. Aku tak ada duit sekarang. Abg Awi pun tak bayar lagi hutang aku RM40,000."

Hmmm.. tiada duit orang berduit. Aku dah bertahun tak ada gaji tetap. Simpanan jangan harap la. Tahun 2002 dah hampir separuh tiang, aku hanya hidup dengan elaun buat menyara anak tekak aku saja. Ya, aku memang dah biasa hidup tak berduit. Kawan-kawan tak percaya kalau aku cakap aku tak ada duit. Memasing mencebik. Aku tak ada duit. Aku hanya ada aset yang tak seberapa. Aku miskin.

"Saya cuba Haji.."

Sepatah, bungkam tanpa sinar semangat. Lesu.

"Ika kau dah kerja?"

"Kerja sementara Haji, kat nursery area Serdang."


"Hmm.. hantar dulu resume kat Shapadu tu. Nanti kalau dia panggil interview, bagitahu aku.."

Angguk lagi. Malas nak fikir. Bukan putus asa, cuma malas nak memberatkan kepala. Biarlah dia kat sana dulu.

"Esok, aku tak ada kat Kemaman sepuluh hari. Aku pergi Kedah, berkempen.."

Oh.. Gendang perang Pendang dan Anak Bukit sudah mula dipalu rupanya..

Saturday, July 06, 2002

.: Antara Serpihan Kenangan Bersama Kalian! :.

Selamat Pengantin Baru buat AlongYa


Kemaman Centre Point. Aku membelek-belek cenderamata yang sesuai. Ambik sebuah album besar, letak balik. Terlalu biasa. Angkat frame kaca cantik, letak balik. Hmmm.. Abg_wa masih membelek-belek kad ucapan di rak sebelah sambil merungut-rungut. "Semua kad harijadi jerk ni.." belek lagi sambil menjinjing bungkusan yang agak besar dan ketara lebarnya. Tadi aku dah temankan abg_wa ke kedai jam tingkat bawah. Dia cakap nak cari jam bulat paling besar. "Ala.. macam jam kat masjid tu.." Aku gelak dan akhirnya tumpang mencadangkan jam bulat besar yg berserta ukiran "Ayat 4 Qul" di muka, diselang bilah-bilah jarum emas. Mula-mula kami ingat nak berkongsi hadiah sahaja, tapi aku faham. Agak tidak terlalu manis andainya abg_wa berkongsi hadiah dengan aku. Statusnya terlalu istimewa. Aku berkenan kat jam loceng berkubah masjid yg ada ditulis perkataan 'berazan' kat kotak sebelah, aduhaiii.. tokey tu cakap tu stok lama, dah rosak. Emmm.. melilau carik jam serupa kat kedai lain, tak ada pula. Terus kami naik tingkat atas, cadangnya nak balut hadiah abg_wa kat kedai buku MehMei tapi tutup pula hari ni. Sudahnya, kat The Store jugak akhirnya. Setelah 'blur' memilih tanpa putus, aku bulat hati capai replika kapal layar bersauh kat atas rak tu. Tengok kapal layar tu, aku tersenyum sendiri, teringat 'cinta kapal' yg sering diusik kat Kimi masa kat UIA dulu. Penuh bilik dengan replika kapal. Dari yg kecil hingga yang mencecah ratusan ringgit. Apa khabar dan di mana kalian tika ini, masih terus berlayar impian? masih utuhkah 'cinta kapal' kalian? moga-moga.. :)

Aku ( paling kiri ) menghadiri kenduri kahwin Along ( dua dr kiri -tersenyum lebar ) petang tadi, dan bertambah nostalgik, aku hadirinya bersama Abg_wa ( tiga dr kiri- duduk ala band nasyid ) ..

"Eh! Datang ngan sapa? Berdua? Sapa jaga kedai?" Achik, adik Along dan pernah merangkap pembantu, adik, teman aku suatu masa dulu. Kini? Kami makin sempurna bagai org asing..

"Tinggalkan kat El ( empat dr kiri, meriba 'arwah' Kak ). Kak Ika ( tak ada- tgh mengambil gambar ) sampaikan salam, tak dapat datang. Dah kerja kat KL.."

"Masuklah ke dalam, sesi bergambar tu.."

Terasa bagai mimpi melihat Along di atas pelamin, apatah lagi menyaksikan detik-detik bahagia pasangan suami-isteri itu bersama Abg_wa, seorg teman yg pernah dicanang kekasih! Aku tidak dapat meneka tebak perasaan Abg_wa, namun bagi aku yg pernah berkongsi bersama kebahagiaan mereka suatu tika dulu, terasa.. entahlah.. terlalu abstrak tanpa pembayang perasaan ini. Terlalu byk cebisan kenangan yg berputar di ingatan ketika menyaksi pasangan pengantin makan beradab, bergambar di pelamin, memotong kek tiga tingkat tu.. Ada saki baki kesyahduan yg tersisa bila kami bergambar bertiga di atas pelamin. Ada.. ada.. dan terlalu banyak. Pantas masa berlari, berputar bak roda..

Semoga kalian bahagia ke anak cucu, bahagia melayar bersama ombak alam rumahtangga; Puan Noryawati dan Encik Azmi.

Thursday, July 04, 2002

Taman Indah Tanpa Gundah


.: Photo courtesy; Kak Nani :.

Jom ikut NgaH masuk taman bunga ni.. jiwa rasa tenang je menghayati indah ciptaan Tuhan.. :)

Subhanallah..!

dariNya kita datang..


Takziah buat rakan jurnal, Ijad yg kehilangan ayahnya lewat hari ini. Al-fatihah.

Monday, July 01, 2002

SitterTime -Babysitting Made Easy!


.: artist : Veronica Tee, Petronas Art Gallery :.

"dah setat kije, yang?"

"dah.. pukul 7.30 pagi tadi masuk.. ni tgh suapkan baby kembar.. comelnyaaaa!!"

"comel ekkk?"

"abangggg... nak baby.....!"
*gulp*

~ Hari ini hari pertama Ika jadik babysitter kat nursery Taman U tu.. jaga anak orang bebaik ekk, anggaplah macam baby sendiri.. :)

Sunday, June 30, 2002






fccci[+=???>|{{{!!{|<>)/=+]]]ii/[iiiicc=

1f1ffc][=?>|}{!*~_~^:*}(\=+]]iiiiiiiiii=
lllj1f]+/\(>|!;- .^!(=[]]]iccccii=
lljj1f]+=\(};'. ,^<=]]]iiiiii=
ljjjjf][?|:, '|=+[]]]]]]/
11jjjf]/~, ^?=+[[][[+\
cf111c+" _(/=++++++\
icf1fc=_ ,|/==++++=\
]]]iic=. ."//////\?\
++[]ii/. ^=///\\???
/=+[][/, ~)/\\\?)))
?\=+++=' ,>\/\?((>(
)?\///=~ `,, `{/\?)><<>
(()?\/=~ `|\ii+\/]1&&r&o1|\\?)>||>
(>()?\/- ,_:{|)?/[[[[]c&sbd$9G$=\?(>||<
((((?\\^(cji[?()\?\\/=if&oxymSREn=((>|}<
((((?\\ega&fc\((?????+tzpqdqmTB%8\(>>|<|
)))?\?fTszuj+)(?\)?)?e79XXNmmLBKE)>>>><|
\??\\\aAyzau59Nq&\?/cupI$33C$w6%A>)(>>>>
\?\\/=a6gouLOR6Tgdbh$SCgygmm$IRWg<))((()
\\\///aE$zhCIkpm7443DGUgyggmNRZ0Su(??))(
\\\\\\c35qdkuud$4Vwm3UPU8QO69U7hP7?)\\?)
\\\\\\/eRTqTP0B5C$&e$gI22369Ymyw2g(\/=\/
/\\\\=zTgCTGG4CgxItcdusboh$mmyIT2b(==+=+
===/+[z0kpIIqddzud]>thoouodgyg$$3r\==+[+
[+++[]j7khbxoaauu1>>/ooooshpqgmg$f\==++[
][[]ii[aqzoooooau\|\+naaoxbhkmwyb\\==+[[
i]]]c1c1boeeaoouli=1vueljtexdmmq1(\/=+[[
ci]ic1fiesanneaoJQQ90Rmll&obqgwd?)\\/+[[
ciiiicfifubzoe&1egyaaxnttaubdg$x(??\/=+[
ciiicciiirykbxj)>?ijlr&v&ubhdqml???\/==[
fcccciic1jmkbbj)+]1jlvoooxhdkqgf\?\\//=[
fff11fcc1fhdxo&dIC$gIT3VHmhqdqk[=\\\===+
1f1jj1fcci&ksu58D7qqggI2A3yykmp++==+++=+
j1jjj1fcci]phedpx$T443L$mmggmTg[]][[[[+]
jjjljjfciccepb&ng9ZFOUSgkqgLSNCtci]]]]]]
jjljljfci]]+sy&veosdhsbp$qgUYUTgfiiiiiic
jjjljjfci[++lheltrnussbhdk2GASL7ajiiiiif
jjjjjjfci++=/[rerasskqdhk3005TLL7hticcic
11jjj1fi][+=+=[dwpyJ44I4080H322233mnccff
j11jj1f]]]+=/idV6######@KGUVS323333Lxjcj
j1jjjjfi][\tm2255@#####KAN5VSS3S33337gaf
jjjjjjfijndS437TSX####XYNH5VSSV4SS3332Js
ljjjjfjn$J5USIqm7HRFQGY5H5VSSVHN4S332TLI
rljjr&u$SVU4I$qq35NN455544VVV5HH5VS3TLC$
tjrokgICL45$qgqqYANVSSSV4SSS455444S3T7Ig
jepmwIC7T4$kpyyy243333SSTTTTV45444ST7JIp
vd$$wI7755gqppygJ277LTTLCC7LTVS2SVLCCImb
qw$q$TI7BTypkpqg$IIJC7JwwIIJ7L77L7CCJ$mh
pqp$C$IUNgkkdkpppkpymwgy$w$IJ7CCCCJJ$mgq
kkpI7wJYJhdpkkqqkdkpgmgqIww$JCCCIIII$wmq

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor


Mengenang Almarhum Ayahanda


Kesempatan yg Singkat

"Kami memiliki Almarhum 13 hari sahaja" - Dr Ammar Fadzil, anak kedua Allahyarham Ust. Fadzil. Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor menjadi milik rakyat dan perjuangan Islam selama 13 tahun, sementara beliau hanya dimiliki oleh keluarganya selama 13 hari sahaja iaitu semasa beliau terlantar di hospital.

"Kami amat bersetuju bahawa segala kesyukuran secara mutlaknya hanya kepada Allah azzawajalla. Oleh itu janganlah kita sebagai ‘beneficiary’ daripada kemurahan al-khaliq itu memaksa dan menuntut orang lain bersyukur dengan kita sedangkan kita hanya diberi amanah oleh rakyat melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini. " - Petikan Ucapan Perbahasan Belanjawan 30 Okt. 2000 oleh Allahyarham Ayahanda Ustaz Fadhil Noor.

Satu Titik Kosong

[ 23 Jun 2002 ]
Aku menerima berita gamam pemergian Ayahanda semasa di Kg Baru, sudah lewat malam aku kira. Aku ketinggalan berita sayu itu kerana dari paginya aku berada di atas jalan dan di dalam bangunan bisu. Paginya, aku dan Ika kembali ke KL setelah bermalam di rumah Helmi (Ayah Su) di Sg. Tua - sahabat baik sekampung yg aku tidak berpeluang menghadiri majlis perkahwinannya lewat Aidilfitri lepas, dan ziarah itu amat terlalu lewat sebenarnya memandangkan Che Su sudahpun sarat enam bulan - dan sebelah petangnya aku habiskan masa bersama Ika, menyempurnakan apa yang perlu. Aku sudahpun mengambil tiket pulang, berkira mahu terus menaiki bas jam 10 malamnya. Ketika aku sedang enak berkira untuk terus menuju ke Hentian Puduraya, aku mendapat panggilan dari Irwan, memujuk utk singgah di Kg Baru. Alasannya cukup kuat, Rompique baru sampai dari kampung - dia juga kehilangan Neneknya subuh Jumaat itu - dan aku juga merasa perlu menjenguk sekejap utk bertanya khabar. Bertemu Rompique, makna sekejap itu rupanya masih bertakuk pada definasi lama.

Setelah menghantar Ika ke rumah pakcik Zurin, aku masih bertekad mahu pulang, lantas bersama perit cuping telinga melayan lelucon sinis Rompique, aku berjaya juga memujuk Irwan memacu 'Satria Kelabu'nya ke Puduraya. Jam sudah hampir 9.30 malam. Sekitar Puduraya sesak seperti biasa. Terlalu susah mencari parking, Irwan hanya berhenti menunggu di tepi 7-e, dan Rompique menemani aku, bersama misi yg sudah dapat aku tebak dan dapat senyum sendiri.

"Ok la Fiq, aku cuba tukar tiket.. kalau dapat tukar, aku tak balik." Akhirnya aku mengangkat bendera putih, setelah letih mendengar pujuk racunnya, dan aku sendiri dah tak mampu nak tipu diri sendiri - amat biasa dengan longgar pegangan peribadi dalam mendiam harapan kapasiti seorg kawan.

"Eh! Lagi berapa minit nak bertolak, mana ada org nak beli tiket ni.." Aku rasa nak ludah jerk muka mamat kat kaunter tiket tu, bila melihat gaya sombongnya yg begitu menyucuk kornea bijik mata aku. Aku tanya jer. Takyah la beriya mencebik sombong.

"Aku balik la Fiq, alang-alang..." Memang hati kecil aku ni meronta-ronta mahu pulang, masih berlambak yg tertangguh tunda di sana.

"Eh! Tu mamat bangla macam nak carik tiket tu.. jom pergi tolak kat dia.." Rompique masih sempat meninjau kaunter, meliar kelibat seseorg bermuka hampa berlalu dari satu kaunter ke kaunter Pantai Timur yg lain. Kami terus menjadi 'ulat tiket' dan dengan senang hati memberi diskaun kat bangla tu. Ikut hati aku, bila aku mengenang wajah 'paiseh' mamat yg jual tiket tu, aku nak bagi free jerk kat bangla tu depan kaunter, depan batang hidung dia. Cambeh jerk. Ceh!

Sudahnya, aku kembali ke Kg Baru. Aku lihat Wira si Qamjat ada terpacak depan rumah. Setelah bergurau senda, sembang-sembang bola -apa lagi yg hebat utk dibicara masa tu- dan tak lupa berlelucon pasal sandiwara Mamak Bendahara minum air, tetiba terpacul cerita Qamjat menghadiri solat jenazah kat surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak tengahari tadi.

"Ramai gila sehhh.. macam sembahyang Jumaat" Aku tercengang. Jangan-jangan...

"Eh, kau tak tahu ke Ust Fadzil meninggal pagi tadi?" Aku pejam mata. Kosong.

"A'ah, aku lupa kasik tahu kau." Sampukan Irwan itu sudah terlalu sayup utk aku cernakan.

"InnalilLah..." Terbayang lagi patah-patah SMS dua tiga hari lepas dalam inbox enset Haji, ketika dia menanya aku maksud kalimah-kalimah penjajah yg tertera di skrin ensetnya; "Please pray and perform 'solat hajat' for the sake of Dato' Fadzil. He's critically bleeding..." dan Haji bergegas ke HUKM keesokan harinya, dan akhirnya pulang dengan kecewa. "Ramai sangat org, tak dapat jumpa.." Ulasnya sepatah.

Hilang sejenak kemeriahan Piala Dunia. Tiada lagi kutuk momok Sandiwara UMNO. Hanya mampu kubisik patah-patah 7 ayat 'Pembuka Surah' jauh di dasar hati, mengiringi satu titik kosong di jiwa, yg mungkin dikongsi bersama seluruh umat yg cintakan keindahan dan kesederhanaan Islam.

Semoga Almarhum Ayahanda cukup tenang di sana. Al-fatihah.