Wednesday, July 16, 2003

Jika itu takdir rezekimu!


.: Rezeki Burung :.

Assalamualaikum ayah, Assalamualaikum mama..

Sebelum tidur malam tadi, aku tambah satu lagi etika, adab tidur anak aku. Lepas kebiasaannya hanya baca doa, mengucap, selawat dan ucap lafaz org putih 'Good Nite' kat mak ayah, aku ajar dia suruh bagi salam kat ayah dan mama.

"Eh, mana ileh. Tu kan masa pegi sekolah, balik umah baru boleh cakap sama tu.. cikgu cakap.."

Hmm.. mak ayah satu hal, cikgu pun satu hal.. Konsep salam kalau tak diterangkan betul-betul, bila dah besar dah payah nak suruh paham. Mungkin masa kecik-kecik, kita tak abis ajar.. Kadang-kadang nak bagi anak-anak mudah paham, kita cakap la, sampai sekolah nanti bagi salam kat cikgu, kat kawan-kawan.. Cikgu tadika mungkin cakap kat anak kita, sampai rumah nanti bagi salam kat mak ayah. Mungkin dalam otak anak kita, dia set mind dia yang ucapan salam tu hanya bila nak masuk kelas, bila nak masuk rumah, hanya pada mak ayah, pasa cikgu, pada kawan-kawan yang dia kenal. Mungkin ada ketika bila dia balik rumah, tak nampak mak ayah, ada tetamu lain yang dia tak kenal, dia tak mahu bagi salam. Sebab dia tak kenal. Bila suruh amalkan salam sebelum tidur, dia konpius. Bila ajar minta maaf sebelum tidur, dia konpius.. sebab ajaran tak abis..

Sepatutnya ucapan selamat ni la yang paling penting, awal-awal dulu dah ajar.. apa punya sekular lah mama dan ayah si Ajih ni.. :) Apatah lagi di era umat Muhammad s.a.w, akhir-akhir zaman ni, nak amalkan sunnah Nabi pun banyak cabaran, bagi nasihat suruh amalkan sunnah punnnnnn kena bashing kat media.. Antara tanda-tanda kecil kiamat salah satunya ialah ucapan salam hanya diucapkan oleh orang-orang muslim terhadap muslim lain yang HANYA dia kenal.. mungkin sekarang dah terlampau penghujung zaman, kita bagi salam bukan hanya setakat orang kita kenal, kadang-kadang kita bagi salam hanya pada orang kita kenal yang kita rapat, tu pun ikut mood.. :(

Pernah satu ketika dulu, ada seorang pemimpin bersih cekap amanah kita buat 'fatwa' ucapan Assalamualaikum tu sama 'afdhal' dengan ucapan selamat pagi, selamat petang.. Entah lah. Kawan-kawan pernah dengar satu kisah di zaman nabi; perihal ucapan "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" ini mula-mula period diilhamkan kepada Nabi S.A.W, maka Nabi S.A.W pada suatu hari itu pergi menziarahi bapa saudara baginda (atau pemipimpin Quraish yang lain- lupa, ada sesiapa boleh betulkan?) yang tidak menganut Islam. Maka diraikanlah baginda itu dengan ucapan lebih kurang "Semoga hari yang baik dan bercahaya ini akan memberi berkat kepadamu wahai Muhammad" (lebih kurang "Good Morning" "Have a nice day" laaa). Maka bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud telah diperelokkan oleh Allah SWT kepadaku dengan ucapan salam yang lebih tinggi darjatnya iaitu 'Assalamualaikum' (10 darjat) ditambah 'warahmatulLahi' (20 darjat) dan 'wabarakatuh' (30 darjat). Jelasnya kalimah ucapan salam ini bukan budaya bangsa Arab, ianya lafaz yang diilham dari Allah S.A.W yang mustahil menyamai keberkatan mana-mana lafaz bahasa lain. Ada juga kisah para sahabat yang hanya hobinya pergi ke pasar, tapi tidak membeli apa-apa barang, hanya duduk di satu sudut. Maka bertanya la sahabat lain, apa tujuan golongan itu pergi ke pasar sedangkan tiada apa-apa keperluan, maka mereka menjawab untuk mencari pahala percuma yang termampu dan paling mudah, iaitu memberi salam kepada semua orang yang datang ke situ. Wallahu a`lam..

Sekian, kisah orang cemerlang buat kali ini :)


Kalau sudah bukan rezeki..

Ma telefon pagi hari. Dua keping surat temuduga sudah luput tarikh begitu sahaja. Dua-dua dari surat gomen. Bukan salah ma, bukan salah adik, bukan salah posmen dan bukan juga salah takdir. Dah bukan rezeki aku :(

Cuba buat rayuan. Call BPPPP JAN, semua sesi seluruh negeri dah tamat. Pat lima bulan penantian aku tak nampak hasil. Dah bukan rezeki aku :(

Call Iming, rakan gomen yang begitu beriya-iya dari dulu menggalak aku join gomen, mengadu nasib berkongsi kecewa.. dia cuba tanya bos AG dia.. Usaha tak salah kan? :) Dia pun dah nak kena transfer Kuala Pilah awal bulan Ogos ni. Ekau duk Kolo Pilah tu bebaik jang, kok ado bebudak Chaos K.P ajok ekau join masuk punk, ekau jangan.. kono buang gomen nanti haaa...

Banyak betul peristiwa 'kecewa' bulan ni.. banyak betul hikmah dan rahmahMu Tuhan.

Thursday, July 10, 2003

Al-Fatihah!


.: Al-Fatihah :.

Akhir tahun 2002 lalu, pasangan kembar Siam Malaysia, Ahmad dan Muhammad, 5 tahun, bertuah kerana berjaya dipisahkan di King Abdul Aziz Medical City, Saudi dan dibiayai oleh Prince Abdullah Abd. Aziz.

Namun keupayaan sejarah untuk berulang di rantau sini, di Hospital Raffles, Singapura tidak berjaya. Takdir tuhan mengatasi segala keyakinan dan usaha insan. Pasangan kembar Siam Iran, Laleh dan Ladan akhirnya kembali ke pangkuan Yang Maha Kuasa. Ladan meninggal dunia jam 2.30 petang kelmarin, mendahului kembarnya, Laleh yang akhirnya pasrah mengadap Ilahi sejam setengah selepas itu. Manusia merancang, dan Allah juga merancang; sesungguhnya rencana Allah adalah sebaik-baik perancangan. InnaliLlahi wa inna ilaihi ro~jiun. Al-Fatihah.

Hati kuciwa :(

Setelah sekian bulan menunggu buah yang tak tentu bila hari gugurnya, akhirnya semalam gugur juga. Namun apalah ertinya peristiwa keguguran (uikss.. abortion?) yang ditunggu itu andai buahnya busuk berulat, ta`ban jiddan tak boleh dimakan langsung? Oh! Hati ini kuciwa merana.. tabahlah diri, mungkin masih bukan rezeki aku nak bergelandangan bersama mereka di hutan lumpur itu :(

..terubat sedikit

Pok Awi dtg bersama gerombolan rakan seperjuangannya, briefing pasal MLM Bionutric. Sebelum ini aku mmg tak berminat MLM, tp hari ini diorang akhirnya berjaya meng'convince'kan aku.. apatah lagi Pok Awi dengan murah hatinya menaja aku jadik kaki kirinya. Lagipun, semua management & transaction secara online, aku rasa ok la.. Ada sesiapa yang dah bergiat cergas? Ada sesiapa sudi berjuang bersamaku? :)

Merancang?

"Orang cemerlang ialah orang yang merancang hidupnya setiap hari. Orang yang gagal tak ada perancangan, pakai ad-hoc saja.. bla.. bla.. bla.. Anda bagaimana?" - Dr. Fadzillah Kamsah kat Radio Era.

Perancangan aku buat masa ini bergantung kepada perancangan orang-orang itu. Aku tak dapat buat apa-apa perancangan seandainya orang-orang itu tidak memutuskan keputusan perancangan mereka. Pagi tadi Fadil temankan aku pegi DPMMT caw. Kemaman. Pun, tiada kata putus. Harapan seorang perancang masih begini, hanya mampu merancang agar tidak tunduk dengan permainan dan perancangan keadaan dan mereka.

Keluarga? Aku tidak merancang namun masih bukan rejeki Abg dapat adik.