Getting Old-er of that Blues!
"Entah apa hikmat.. entah apa alamat.. yg pastinya, setiap ketentuanNya itu ada berkat tersembunyi.."
Aku bagai bermimpi.. Pertemuan itu pastinya terlalu jauh dari jangkauan logik akal aku.. namun Tuhan itu sebaik Maha Perencana!
Aku ditakdirkan berpijak di bumi nyata tengahari tadi.. Terserempak dgn satu wajah, satu peribadi yg terlalu kemas, kejap di sudut ingatan, di daerah sendiri dan di tempat dan waktu yg agak songsang dari rutin harian, adalah satu hikmah yg agak keliru di sisi fikrah seorg hamba kasta
awwamNya..
Maha Suci Pencipta yg menggerakkan hati ini utk melangkah ke kedai kopi Hai Peng di kala jarum emas hampir menegak tinggi, dgn alasan utk bersarapan adalah satu aktiviti abnormal dan tak pernah aku huni sebelum ini. Tapi tghari itu bagai ada sesuatu kekuatan, satu kebetulan.. Mungkin sejak awal subuh tadi titisan rahmat sudah menyiram bumi Chukai, mewujud satu persekitaran mendung yang dingin dan lembap.. Suasana muram yg basah itu seolah menidakkan realiti batasan waktu yg hampir menjangkau separuh hari.
Melangkah masuk ke dalam, mata ini tertantap ke susuk tubuh, menelanjang wajah bersih itu, yg tak akan aku toleh buat kali kedua utk mengesahkannya; duduk menghirup kopi berdua di meja itu adalah DIA! Pantas langkah kaki menerpa ke meja itu, menghulur jabat - salam rindu dari sisa kenangan dulu..
Ya, dia.. dia adalah perutusan kejam yg memaksa aku mencantum kembali pecahan cermin sebuah nostalgia agung yg hampir 5 tahun, sempurna aku lempar, menyaksi kaca yg berterabur itu dgn dingin, tanpa riak sesal.. Lima tahun aku melatih diri menjadi penipu cekap membohong perasaan sendiri, dan tak sampai seminit usaha aku berderai di'perli-sinis' oleh senyuman ikhlas seorang DIA!
Dia tetap tenang seperti dulu. Aku juga berlagak tenang seolah baru semalam sudah bertepuk-tampar. Jabatku kejap, sahabat.. namun degup hati ini menggelupur, menendang kurang ajar dada yg sekeping ini. Kau pantas memperkenalkan yg bersamamu itu abg kandungmu sbgmana tebakku sekilas. Kau rancak berbicara, rakus menyebut satu persatu nama-nama yg amat tajam menghiris kenangan. Aku menghadam setiap patah berita terkinimu dgn anggukan berpura. Bukan berpura mengambil hati sahabat.. Aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaan yg amat sukar aku terjemahkannya! Aku terlalu ingin menghambur berjuta reaksi ingin tahu, tapi sejenak itu aku semahunya berharap seseorg kejutkan aku dari mimpi ngeri ini.. Alangkah!
Cappucino resepi asli dan tersendiri Hai Peng terasa bagai kerak kuali Anak Belalang, dan telur separuh masak itu terlalu berketul pejal tghari tadi.. Kauharus bertolak ke Perak ptg ini juga, dan sempat meninggalkan aku aksara-aksara talian Maxis mu. Mujur juga abg kau tergesa-gesa meminta diri, mungkin kalau kaubeli 15 minit lagi masa itu, kaupastinya dpt membongkar rahsia keturunan Mahsuri ku yg berdarah putih jika digores pucat kulit muka ini..
Aku melangkah sugul kembali ke kedai. Aku tak pasti perasaan yg menghurungi bangkai hati ini. Aku termenung, aku termangu dalam kosong dan luas ruang buntu. Aku cuba sibukkan diri menyiapkan 2,3 pc yg terbengkalai, walau aku tahu aku hanya berlakon. Akhirnya aku capai gagang itu, mendail 012-4647476, nombor bisu yg kautinggalkan utk menduga kejap persahabatan aku. Biarlah aku tewas hari ini.. Aku sememangnya ditakdirkan utk takkan jadi pemenang.. Aku memujukmu singgah semampu mungkin sebelum kau pulang walaupun alasanmu sudah kuagak, terlalu kuat utk aku goyah. Tiket dah diambil, waktu bertolak dah direncana. Janji kau pasti akan datang lagi ke bumi Kemaman ini. Akhirnya kaujelaskan tujuan sebenar kau berada di sini hari ini - menghadiri temuduga Exec. Trainee di Bandar Baru Cheneh, dan kau baru saja selesai menghabiskan Master di UUM.Ada rezeki, kita berbual panjang - itu janjimu dan aku terpujuk kecewa.
Aku buang jauh emosi keterlaluan sejenak. Biarlah hari ini aku bernostalgia, menyelongkar kembali album kenangan dulu. Kenangan sebuah kegagalan mutlak, mungkin bukan langsung, namun aku sudah paterikannya sbg punca salsilah riwayat kegagalan aku. Mana mungkin aku dapat membohong sejarah, sahabat. Aku berpura bermimpi, namun mimpi itu mimpi hantu sahabat.. yg memomok rutin aku seharian.
Aku berpura tidak pernah mengingatimu, dan semua nama-nama sahabat yg pernah berkongsi kasih adik beradik di kejauhan itu.
Malah aku sedaya mengelak utk menghubungi kalian, sekurangnya berusaha ke arah itu. Maafkan kedinginan ini sahabat.
Masakan aku berjaya hidup dalam lakonan songsang itu sahabat.. Apatah lagi kenangan langsung bersama kau, sahabat!
Dingin di penghujung musim
ikhreef, awal sepoi dingin
rabi~, kita ditemukan di
matar Queen Alia, kita sudah serasi.. Kita tidak pernah bersua di tanahair krn kau terus ke situ dari Mesir. Kita sekelompok dicampak ke penempatan tandus
Baq'ah, tanpa senior² Melayu lain. Aku yg berkali tersentak dgn suasana itu, dan kaugelakkan aku dengan sindrom
'padang pasir cultural-shocker'. Kita belajar menjadi matang di situ, dgn percubaan pertama kita bertiga - aku, kau dan 'Jali', berdikari menahan
public-coaster mencari ibukota -
abdali, krn kita percaya "Kuala Lumpur" pasti ada di setiap
balad! Kita 'halau'
akhawwat yg cuba berisiko bersama. Aduh, sahabat! Kautahu, sampai saat aku menaip entri ini, aku masih mampu tergelak sendiri membayang mimik 'toya' wajah kau meraih simpati penjual Arab masa 'bargain'. Aku dan Jali hanya bergantung kecekapanmu berkomunikasi
ammiyyah, dan kau hanya mampu mengenyit mata dan terpacul "
Ahsyan ana thalib.." berulang kali! Hanya itu sahabat? Aku dan Jali jenuh mengutukmu, dan kau berperisai dengan alasan "
Lahjah ammiyyah sini ngan Mesir lain laa..."
Sahabat, izinkan aku terus merobek hati sendiri dgn nostalgia silam. Seminggu kita di perkampungan
Badwi tu, senior mengangkut kita ke
Sweileh. Di situ ramai abang² berjubah yg amat tinggi akhlaq dan sering berselisih dgn kakak² yg berhijab dan ber'niqab'.. Kita jadi manusia di situ, sahabat. Kita mula menjadi student Philadelphia. Kita belajar erti susah bersaing, berebut ego ngan mereka berbangsa tegap gagah itu, mengguna kelebihan bangsa kita yg berfizikal 'kerdil', berebut '
seat' bas ke kampus di
Jami' Jami'ah..
Setiap hari bersamamu dan Jali, berkongsi katil tika hati dipaut syahdu '
homesick', kita berkongsi kisah² cinta monyet dolu².. (tapi satu yg aku paling respek kat kau sahabat, cara kau meratah, melapah ayam KFC - rutin
fortnight kita kat outlet depan
Ba~b Raisi, ttp aku belum jumpa saingannya sampai hari ini! Terlalu teliti, detail sampai kalau ayam tu hidup mesti dia menangis terasa dihargai!)
Sahabat, terlalu banyak, dan aku rasa terlalu dalam hati aku dihiris. Hinggalah kita berjumpa dgn abg² senior yg sealiran di pusat snooker
Madinah Riya~dhia tu, kita semakin renggang. Aku dan Jali byk menghabiskan masa bersama mereka, di
sakan Dauriyat. Kau ttp setia di
Sweileh. Aku terlalu jauh sahabat, dan akhirnya aku dan Jali mengambil keputusan pindah ke
Syafabadran, meninggal semua adik beradik lain. Di situ, tiada yg mengganggu kami. Di situ aku makin jauh hingga ada masanya aku akui, aku hampir terlupa mempunyai seorg sahabat agung, walau kau tidak pernah lupa saban minggu menjenguk kami di
'sakan' baru..
Hinggalah kalian berpindah ke
sakan Neveen, kita jarang berpeluang bermesra spt dulu. Aku masih ingat hari terakhir aku terpaksa berangkat pulang menyambut lebaran di tanahair, flight aku pukul 11 malam, namun pukul 8 itu aku masih menapak seorg diri ke rumahmu, dalam dingin
syita~ yg mencengkam, menjenguk kalian bersama secebis permintaan pertolongan. Masih aku ingat redup sayu wajahmu, tak mampu menghulur membantu, aku faham.. kalaulah kautahu betapa tebalnya kulit muka aku utk meluahkan isi hati ketika itu.. Alangkah! Aku pernah menjadi manusia sombong yg akhirnya mencari sahabat agung sptmu di kala terdesak!
Takdir akhirnya menjenguk wajah, menghakim kata putus.. itulah kali terakhir aku melihat wajahmu sahabat. Aku tak kembali ke
dataran Syam itu, aku tinggalkan segala kegagalan di bumi
Anbiya~ itu.. aku beristikharah sahabat.. Aku putuskan aku ingin bermandi lumpur di bumi panas lembap ini.. Bonda aku putus harap memujuk aku kembali ke sana.. Aku tak mahu terus berperang dgn kekecewaan. Sangkaku, di bumi sendiri, aku dapat membina peribadi baru, serba baru.. aku ingin jadi hamba Tuhan yg biasa sahabat.
Hingga hari ini, setelah empat tahun lebih kita disuakan kembali, dgn restu rahimNya, aku masih belum bertemu
hakikat peribadi sendiri, jauh sekali kejap
makrifat syakhsiya itu sahabat..
...dan
DIA yg amat aku sanjung adalah
akhi-fid-deen KHAIRIL FAISAL KHAIRI a.k.a PECAL!