Thursday, February 28, 2002

"You may forget with whom you laughed, but you will never forget with whom you wept."
- Carie O'Leary


[ Kg Kubang Ikan, Chendering ]

~ Jam sudah menunjukkan angka 9.06 pm tatkala Kembara Abe Sie membelok masuk ke simpang menuju rumah Saiful. Dari celah-celah kenderaan yg berterabur parking di perkarangan rumah arwah, aku menangkap satu susuk tubuh yg longlai menapak ke arah kami..
"Mari ke naik ke atas.. tahlil dan ratib tak abis lagi tu.." Pelawaan Saiful itu kami sambut dengan rasa kesal dan segan, kesal kerana begitu lambat sampai berbaur segan dengan melihat dress code kami yg agak tak kena dengan suasana muram yg berkabung itu..
............................................

[ Kampung Raja, 7 Mac 1994 ]

"Ma minta maaf.. bukan ma sengaja tak nak tunggu kepulangan Abg NgaH dan Abg Long.. tapi ni soal wasiat.. abah tak nak tunggu sesiapa yg jauh bila dia dah tak ada, segera kebumikan.. memang agak kejam bagi anak-anak, tapi bukankah persoalan menyempurnakan wasiat itu satu kewajipan?"
Kulihat mata Abg Long merah berkaca.. mungkin terpaksa menahan geram yang amat.. Aku menjadi terlalu sebak untuk menerima pedihnya hakikat sebuah kenyataan hidup : Abah pergi buat selamanya, dan aku tidak berpeluang menatap wajahnya, menyempurnakan solat jenazah untuknya, mengiringinya ke tempat abadi, malah mendengar talkin buatnya, buat kali terakhir?! - dan itulah satu fakta kejam yang terpaksa aku telan sepanjang hidup seorang aku. Titik!
............................................................

~ Jam hampir melangkau angka 10.30 malam ketika kami bersalaman, mengucap takziah buat seisi rumah. Hati masih mencongak. Betulkah tindakan aku ini? Sanggupkah aku yg dtg menziarah sbg kapasiti seorg housemate (di mata mereka..)menyertai Abe Si, Pok Su dan Serey utk balik semula ke Kemaman, setelah hanya menjenguk sejam dua? Hati semakin ragu-ragu berbagi..
"NgaH dah nak balik? ke tidur sini?" Sekilas aku melihat kelibat Umi menyapa di kalangan tetamu perempuan.
"Kalau kat sini ramai sangat, boleh tidur dengan kami kat rumah Wa.." Sampukan Kak Long pula seolah-olah bagai keputusan muktamad yg Norman Hakim pun tak boleh pertimbangkan untuk rayuan.
"NgaH cadang pun begitu.." Aku menoktahkan segala ketegangan peribadi aku dan Saiful, dan keluar memberitahu mereka yg menunggu aku dalam Kembara Abe Si.

~Malam itu *baca awal dinihari* aku tidur rumah Wa.

*..aku update post ini di rumah Pak Lang (Zaid) setelah memberi pusaka user name dan password tmnet kpdnya. ceh!*


AL-FATIHAH..

Mendapat panggilan dari Abe Si.. ayah Saiful kembali ke rahmatuLlah lewat pukul 4 petang tadi..
InnaliLlahi wa inna~ ilaiHi ra~ji'un..

Wednesday, February 27, 2002

..PETANG yang baru!

~ Haji datang menjenguk seperti selalu.. aku masih buntu seperti selalu, namun kali ini mindaku agak rajin mencongak sesuatu..

"Haji masih stick pd planning nak bukak trading company baru?"
Terpacul ayat itu serentak F&N Nenas dalam gelas berais aku sedut hampir suku. Terik bahang tghari memberi kesan khas yang bukan sedikit pada tekak aku, dan kepulan asap tembakau Dunhill yg rancak menerjah rongga pernafasan menguatkan lagi plot drama panas hari ini - maka pengiktirafan pengarah terpanas tengahari ini selayaknya buat En. Matahari Gering P.J.K, A.M.N.

Haji meletak cawan cappucino tongkat alinya. Sambil bibir bawahnya mengelap saki-baki susu bermisai, Haji seolah-olah membeli masa seketika utk menjawab soalan aku. Di celah kepulan asap tembakau yang memagari ruang jarak kami berdua, aku sempat mengerling kerutan dahi Haji menahan perit berbahang..

"Ekonomi makin tak dapat dicongak rentaknya. Membazir bukak kompeni banyak-banyak masa sekarang."
Terlalu ironis jawapan itu dengan kobar semangat yang aku dengar kelmarin. Pun, aku tidak tersentak. Kalaupun bukan 76% wataknya aku hafal, sekurang-kurangnya 63% latahnya sudah aku congak.. Orang tua yang sudah kuanggap seperti ayah sendiri ini terlalu berombak untuk aku selam gelora sikapnya.

"Tak payah buat kompeni baru. Haji take over jer kompeni ni. Saya dah letih Haji. Biar saya belajar berniaga dgn Haji saja. Peribadi dan diri ni terlalu liat utk saya disiplinkan dengan arah tunjuk sendiri. Biar saya anggap saya kerja dgn Haji - official!"
Ikhlas. Itu saja yang aku rasa bila selesai cadangan itu terpacul dari mulut bacul aku. Haji terus menghirup kopi tanpa dapat kutebak reaksi hatinya. Dingin, namun kusempat menangkap kilau semangat yg terpancar dari anak matanya. Biarlah aku belajar mendengar kata hati sendiri kali ini. Tiada guna aku menjadi gembala kambing sedangkan kulit kambing pun aku sanggup lapah buat kain basahan mandi!

"Kausediakan sewa kedai bulan ni.. plus RM200 kontra Pok Din hari tu.. mak aku nak balik 3hb ni.. kau cakap apa yang perlu nak siapkan, jadikan kedai kau ni macam kedai org lain. Lepas tu, yang lain-lain, aku balik fikir."
Dan tiba-tiba, wajah Haji perlahan-lahan bertukar menjadi kalendar bulan Februari. Hari ni hari terakhir bulan kedua tahun dua ribu dua! Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!
..TENGAHARI yg dungu!

Termangu
Dalam pinar yg kelu
Minda jadi malu
Jemari jadi kaku
Mulut berat membatu..

Dalam kesima yang tersipu
Aku adalah jiwa yang beku!

..AS MY SOUL HEALS THE SHAME!
{ I will grow thru this pain.. }


"AlhamduliLlah.. akhirnya Allah perkenankan jua doa ma siang malam.. mungkin apa yg NgaH rasa selama ini, tidak tenang, segala kerja tidak menjadi seperti yg kita harap; adalah sedikit sebanyak petunjuk dr-Nya.. Ibu mana yg tidak gelisah andai anaknya buat seperti mana NgaH buat terhadap ma selama ini.."

..masih terngiang lagi jernih kata-kata keramat itu, lewat pagi kedua Eid-ul-fitri yg lalu.. setelah sekian lama aku tidak menghubungi ma, walau sepatah sapa bertanya khabar, pagi Syawal itu aku tidak mampu utk menahan segala sebak dan derita perasaan ini.. dan hadirnya Eid-ul-Adha ini, aku kembali menghancurkan hati dan perasaan seorang ibu yg menzahirkan aku ke muka bumi Tuhan ini.. sesungguhnya aku terlalu takut utk menjadi anak yg derhaka, namun hati ini terlalu hitam dan lemah; sering dipermainkan oleh persekitaran dan keadaan yg aku olah cipta sendiri..
GIMME AN ENDLESS SUMER..
{ ..Lord, I feel the cold! }


~ aku rasa free skett ari ni.. walaupon idung aku rasa macam longkang kilang kapas yg penuh dengan serat lebihan benang * baca tersumbat * tapi aku rasa agak boleh survive dgn amalan pernafasan ikut mulut.. (mungkin mak aku terkenan ikan emas masa mengandungkan aku dulu!)

~ Result SPM diumumkan hari ni.. tu pon aku dapat tahu dr bebudak skolah dalam cenel mIRC yg sempat aku jenguk petang tadik.. aku tak call Ika lagik.. Ika dah abis paper die kot.. malam nanti aku cadang nak call, tanya Atun dah dpt result die ke tidak lagik..

Monday, February 25, 2002

..TAKBIR Eid-ul-Adha masih berkumandang sayu, melagu kebesaran nama Tuhan Pemilik Alam; sayup memecah hening subuh.. dan seawal bening 13 Zulhijjah ini, aku menjadi begitu asing dengan istilah keredhaanMu Tuhan!

..Kukutip sisa-sisa kehangatan Eid-ul-adha yg sekian kalinya kuraikan di sini - tanpa syahdu ciuman kemaafan ma dan keluarga di pagi raya - dengan seribu perasaan yg berbaur dan bertelingkah.. dan biarlah masa dan waktu menjadi hakim yg sepantasnya menghukum diri yg tak pernah mengenal erti terima kasih ini..

Wednesday, February 20, 2002

..MINGGU penin..! * dan aku jadi makin kacau, risau dan sasau.. * Terlalu banyak rasanya, kalau diikutkan hati kerdil ini, utk aku luahkan, atau sekurangnya coretkan sesuatu dalam jernel ni.. namun senggang waktu yang amat terbatas nowadays kebelakangan ni, membuat aku hanya mampu mencongak sendiri dalam minda yg sempit ni.. one sweet day, aku akan cuba sedaya mampu utk meluang seketika; online sepuasnya dan update jernel ni.. itu janjiku buat sekian kali.. *sigh*

..ENTAHLAH! *kalimah peberet mulut bacul aku* .. tak tahu mana nak pk.. cc tak siap² lagik.. macam tongkang pecah.. pc berlambak nak kena setup.. dengan bisnes yg tak pernah lurus dan terurus.. masalah diri.. masalah famili.. masalah ika ngan abah.. entahlah! life looks great with these fancy problems wrapped outside! Life goes on.. ya.. goes on.. tapi tanpa aku yg kemudinya.. hanyut ke tepi ke tengah.. lantak la.. jangan tenggelam dan karam bersama labu-labu si Luncai dah la... entah la belalang.. otak bapak pon dah macam otak blalang rasanya..

..aku rasa aku kena hold dulu updating jernel aku.. really tired & blurred.. nak ngadap monitor pon rase cam tgk muker Hamid Karzai jerk raser.. bio la aku wrote something lam planner jer 4 a while...

Wednesday, February 13, 2002

..SETELAH beberapa minggu aku hidup dalam buntu dan beku, akhirnya hari ini aku mendapat sedikit petunjuk.. Terima kasih Abg long kerana sudi menjenguk aku di sini.. walaupun tidak pernah aku impikan perhatian dan harapan dari kalian, namun di sudut hati kecil ini, aku amat terharu dengan kehadiranmu Abg Long! Kita tidak pernah diajar utk menyayangi antara satu sama lain, namun kita bukannya terlalu kurang ajar utk tidak cuba mengerti pertalian ikatan darah daging sendiri! Maafkan aku keluarga..!

Monday, February 11, 2002

..FEBRUARI datang lagi! Mungkin Februari tahun ini menjanjikan seribu perubahan bagi diri yang tak pernah kenal erti komited..
Entahlah.. Februari meraikan angka 26 - dua puluh enam - satu angka yang bukan sedikit dan tempoh senggang yang tidak pendek untuk menilai erti sebuah kematangan hidup yang penuh tanggungjawab..
Moga-moga, Februari ini adalah permulaan mendadak peribadi seorang aku!