Saturday, August 31, 2002

Keranamu Malaysiaku..


.: Merdeka! :.

Hubbul Watani

Mencintai tanahair itu adalah fitrah yg wajib bg seorang insan bukan? Aku juga seorang insan yg patriotik walaupun baru tahun ni aku terperasan yg tema hari kemerdekaan Malaysia ni dah hampir empat tahun di'beku'kan, dicatu hanya "Keranamu Malaysia" sebegitu.. Aku tak tahu apa relevan (dan hidden agenda) pembekuan tema tu semenjak peristiwa DSAI dijatuhkan dan dihina sebegitu hebat 'gelombang rakyat' tahun 1998 dulu, tapi yg aku agak perasan ialah darjah keghairahan semangat 'nasionalisme' aku sejak peristiwa tu jatuh merudum.. entahlah.. aku rasa bukan aku sorang je warganegara Jalur Gemilang ni yg berperasaan cam aku.. atau mungkin aku sorang.. isk.. aku tak reti nak ulas.. semua maklum..

Merdekakah aku? Merdekakah korang? Ya.. hari ini Hari Kemerdekaan negara kita dengan erti kata kita merdeka dengan mempunyai Perdana Menteri dan pemimpin dari bangsa pribumi tanahair bukan lagi bangsa asing. Maka merdekalah kita dengan masih tidak mahu mempunyai hak menentukan perlembagaan dan undang-undang yang bangsa dan agama kita sendiri anjurkan kefardhuannya.

Mencintai tanahair itu fitrah yang wajib seorang insan. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 45 buatmu Malaysia tercinta.

p.s Malam Merdeka tahun ni yang paling banyak dosa aku buat dengan menyumpah dan menyeranah tak henti-henti mat-mat motor yg begitu 'merdeka' ekzosnya, memulas tali minyak semahunya depan kedai aku ni, sampai takleh tido lena.. hampeh!

Friday, August 30, 2002

Lari : Sekuat Hati


.: Lari :.

..nak main game tak ileh!

Isk! Dah tak ada dah suara merengek yang manja tu. Petang tadi kami menghantar kembali Abang ke rumah abah di Bukit Tajau, setelah hampir tiga minggu berjaya 'menculik' dia. Sesungguh aku terlalu rindukan suasana ini agar kekal di sini selamanya. Alangkah bahagia dan berertinya hidup ini andai setiap apa yang kita ingin dan harap, bercantum dalam keredhaan yang termakbul. Alangkah!

Terima kasih buat sekian kalinya Hj Thal dan anak-anak, kerana sanggup meluang masa bersama kami sekeluarga.

Monday, August 26, 2002

.: Lelah :.

Hari minggu - Mari Bersosial



A'ah.. baru aku perasan. Dah agak lama rupanya aku jadi 'kera sumbang' yang tak menyumbang apa-apa aktiviti sosial sejak sebulan dua ni. Hari minggu semalam aku rasa 'huha-huha' sket, dikunjungi kawan-kawan yang ada urusan di sekitar Kemaman ni.

Jumaat : Tokan - Encik Irwan, lecturer IT kat IIC yang semakin tinggi perutnya tu bersama Toha - pekerja part-time kompeni IT yg tak pernah tak tinggi perutnya tu sejak KI sampai UIA sampai grad sampai Kemaman hari ni, singgah menjenguk aku di Chukai ni sebab dorang ada kursus PTD kat INTAN Kemaman.

Malam tu, tetiba aku dapat call yang tak pernah aku jangka tapi sekali dengar suaranya, ayat pertamanya tu pon aku dah teka siapa.. " Hello NgaH, saya ni, orang Terengganu tapi kerja kat Ipoh.. bla.. bla.." Ceh! Lobo nak memperkenalkan diri, takut aku tak cam dia, dengan menggunakan uslub ayat sopan santun yang tak beh langsung tu.. hahaha.. dia ada company trip kat Awana Kijal, yang 'tentative'nya hanya makan tidur.. so, dia nak datang cari aku kat Chukai ni..

Maka pada malam tu juga, aku dan Lobo menjadi spyz spy tak berkemahiran, menyusuri jalan menceroboh pagar INTAN (tapi kami lambai kat Pak Guard tu, dia senyum je.. bukan ceroboh la tu.. malas nak benti, takut nanti byk sgt protokolnya..) Isk! Call Tokan asik tak dapat, takde line dalam INTAN ni kot.. camne nak carik dorang ni? Tengok list peserta kursus kat 'board', jumpa nama Tokan - kumpulan Merah 2. Laa.. taruk la nombor bilik hostel skali.. hehehe.. ingat asrama sekolah ke? Lobo dgn lagak machonya menahan seorg awek, tanya ada aktiviti tak masa ni.. dan dengan ayu yg jelas nampak semacam di'kontrol-kontrol', awek itu memberi satu ide yg bernas kat kitorang. "Saudara berdua nampak ensem.." "Apakata kalo sedara-sedara pi tanya urusetia dalam bilik tu.." Ibujarinya dituding ke arah bilik berpintu kaca kat sebelah. Tak sangka pulak pakcik urusetia yg bertugas tu peramah dan suka tersenyum, kontra dgn kebiasaan petugas CS yg sinonim dengan raut mencuka dan suka membebel.. Kami bukan shj dapat penerangan jadual aktiviti peserta kursus, malah nombor bilik diorang sekali. Nampak gayanya, kalo sesapa nak 'squatting' kat ostel INTAN ni tak byk la masalahnya. Sila la..

Pendek cerita, malam tu misi kami berjaya la.. Akhirnya jumpa Tokan lam kafeteria. Kami ingatkan ada group discussion, tgk dari jauh sumer serius jer bermesyuarat meja bulat, tp rupa-rupanya Tokan cakap aktiviti menekel awek jer tu. Naik bilik, jumpa Toha.. huha huha (riuh-rendah cam bessa bila Toha berjumpa Lobo).. jumpa jugak sorang member lama UIA dulu.. aku tak ingat nama betul dia tp dulu panggil dia Ace ke Ice jer.. lupa.. tapi sbb muka dia cam Ace Ventura kot, takpon macam Vanilla Ice.. budak BEN, eh.. malu aku.. dia ingat nama aku sbb dia 'ex-roomate' aku masa matrix Lembah Pantai dulu.. uwaaa... kaver.. kaver.. berlagak cam bessa.. Pastu, ajak dorang kuar minum bla bla bla...

Esoknya, Lobo turun lagi Kemaman. Hantar dorang naik bas malam tu.. Tokan takleh lepak lama sebab esok pagi students dia ada mid-term.. Dapat kenal Fajar, junior UIA, budak HS yg aku tak sempat knal pun dulu, skang jadik lecturer PA kat UiTM Dungun, pastu sorang lagik AJ, junior jugak, bukak kedai kat Centre Point (kedai cenderamata dia byk koleksi ala-ala Hidup Dlm Blues -stereotype, aku tak suka sbb aku bukan awek.. hehe) bla bla bla.. kesimpulannya, awal-awal aku rasa meriah sbb lama tak jumpa kengkawan lama, tp ending tu rasa terpinggir lak, sbb rasa cam reunion bebudak UIA.. bila cam reunion, mestila byk cerita-cerita lama yg terbabas.. aku malas dah blues-blues.. aku tahu la aku tak grad, drop-out UIA.. :(

Lobo : Ko ingat tak NgaH, bila kali terakhir kita jumpa.. Hahahhahaha *gelak sakan berbaur sinis*
Aku : Tak ingat.. tak ingat.. World Cup ari tu aku turun KL, jumpa bebudak..*blurr.. recall sakan*
Lobo: Tak yah cerita la pasal World Cup! *nada emosssss gile*
Kami: ~Senyap kejap~ *tribute pada skuad Italy*

Entah bila la boleh jumpa Lobo semula..




Friday, August 23, 2002

.: Painting by Veronica Tee - Galeri Petronas :.

Musyakalah

Hmmm.. Tak abis-abis lagi agenda menghentam orang berilmu agama kat Berita Perdana ni. Letihnya bulu telinga aku ni mencuri-curi dengar kat tv. Mengapa dah jadi sampai begini sesat putar-belit yg dihidang? Daripada sepatah ayat yang begitu menyentak keegoan seorang hamba Tuhan, diolah dipesong hingga menjadi begitu dayus sekali. Lebih menggegarkan tangkai hati umat Islam yg lemah imannya ini, ayat-ayat songsang menutup kelemahan peribadi itu diucap oleh mereka yg mempunyai pengetahuan yg bukan sedikit ilmu agamanya, memiliki warkah pengiktirafan kedoktoran dalam bidang falsafah, malah pemimpin-pemimpin negara yg mewakili golongan beragama di negara ini. Hati ini sedih. Kami adalah golongan 'awwam' yg memerlukan penjelasan dan penambahan ilmu-ilmu agama, bukannya ilmu penjelasan yg sesat begini. Beruntunglah mereka yang dibukakan hati, didorong untuk mencari penjelasan dari sumber-sumber yang benar, tapi bayangkan betapa ramai golongan 'awwam' yg menerima bulat-bulat 'fatwa songsang' itu? Na'uzubiLlahi min za~lik..

Benarlah kata-kata tempelak Ust Hj Omar masa kuliah Aqidah Ahlus Sunnah Wa Jamaah kat masjid lepas maghrib tadi. Mereka sudah menjual ukhrawi yg abadi dengan duniawi yg fana ini. Mereka bukannya orang-orang biasa yg bebal ilmu agamanya. Kalaupun mereka ada kelemahan, tak ingat, tak faham, buku rujukan bab aqidah mereka masa kat Al Azhar dulu dah dimakan anai-anai lam lemari, sekali mereka tanya Tok Guru, baca sikit-sikit pun boleh faham bab Musyakalah ni. Mereka bukan tak faham, mereka tak mahu faham kerana mereka adalah penyambung lidah-lidah syaitan! Keras, tapi kebenaran adalah suatu yg haq!

Aku tahu aku tak dapat 'mumtaz' lam SKK dulu tapi aku bukanlah terlalu jahil untuk dimomok dengan hujah sesat para sarjana syaitan-syaitan bisu..!
................................................................

Teman, panggilan itu terlalu istimewa!

Bayangkan bagaimana perasaan anda, pada suatu petang Jumaat yang damai, tiba-tiba anda mendapat panggilan talian daripada seorang teman yang tak pernah anda kenali lahiriahnya tapi terasa macam terlalu dekat rohaniahnya, yang tak pernah anda sangka walaupun sering ketawa sengsorang membaca lawak tulisannya (dan berputar akal sesekali mencanai senggang mindanya), semacam bermimpi bersuara di hujung gagang! Terkesima? Terkedu? Kelu? Hmm.. kalau pemanggil itu adalah yang berlawanan jantina mungkin aku tak mampu mempamer sebarang reaksi kot, tp memandangkan dia adalah dari kaum yg gagah perkasa seperti aku, aku masih mampu berlagak 'machurrr' --> ayat Tembakau, pengaruh Nett(?).

Terharu adalah frasa yg amat indah utk diluahkan atas panggilan ringkas bertanya khabar itu.

Berjuta kalungan terima kasih Abang dan Kakak atas ingatan dan perhatian!

Thursday, August 15, 2002

Mungkin esok giliran aku?


"Abang.. abang tak rasa sedih ke? saya sedih la bang... rasanya baru je lepas jumpa dia.."

Ika memandang muka aku dengan sayu. Kami masih di atas sejadah, baru selesai baca Yassin malam Jumaat dan khasnya untuk arwah sekali. Maghrib tadi kami baru mendapat berita sedih, khabar belasungkawa atas pemergian seorang rakan kerana terlibat dengan kemalangan motosikal.

"Hujan petang tadi, arwah nak memotong kereta tu agaknya; tak lepas. Terbaring di atas jalan, ada kereta lain langgar lagi. Arwah meninggal kat hospital." Seorang utusan, rakan bujang arwah datang menyampaikan berita di kedai.

"Ni nombor telefon rumah arwah kat kampung, abang tolong cakap kat keluarganya.." Utusan itu sudah tak bermaya bercerita..

"Takziah pakcik.."

"Apa pakcik nak buat nak..? Pakcik dah tak tahu nak buat apa ni.. Pakcik kena pegi sana ke?" Terlalu sayu aku mendengar suara yang terlampau pasrah tu. Aku juga masih dalam keadaan terkejut. Mendengar suara ayah si arwah yang tak tentu punca itu, aku seolah tumpang berkongsi panik.

"Seeloknya pakcik datang la sini.. nanti saya cuba hubungi abang dan sepupunya yang lain.." Aku cuba berlagak tenang. Aku pun tak tahu keadaan sebenar yang harus aku tangani nanti. Mana nak cari abang arwah, Yudy? Yudy kat KL tanpa sebarang nombor kecemasan untuk dihubungi. Sepupunya di Taman Perumahan Perwaja? Ikhlasnya, aku tak pernah kenal sepupunya itu. Oh ya! Abg Wa.. Abg Wa kenalan rapat keluarga arwah, mesti ada jalan.

Menggagau aku mencari balik no. henset Abg Wa, carik balik sim card.. Seghe cuba masuk chatroom, masuk room yang biasa Yudy lepak, atau sekurangnya tinggal pesan kat bebudak cc Lepakcafé.

"Wa.. Che'cess eksiden. Dia dah tak ada. Gemulah masih kat hospital.. Panjangkan khabar ni kat sepupunya yaa.." Abg Wa juga seperti aku, terpana. Namun aku begitu tak bermaya untuk memanjangkan perbualan.

Yudy dapat dihubungi melalui chatroom. Yudy call, berjanji sepantas mungkin cari jalan balik.

-----------------------------------------------------------------------------------

Abang tak rasa sedih ke?

Terngiang nada sayu itu menerjang segala kenangan bersama arwah. Che'cess adalah panggilan yang kami abadikan padanya ketika dia mula-mula sampai mencari arah di bumi Kemaman ini, mengikut langkah abangnya mencari rezeki di sini, meninggal daerah lahir Setiu. Gelaran yang pada awalnya berupa gurauan, mengambil susur gelar panggilan abgnya, Yudy, yang kami panggil Ngobok. ( Ngobok & Che'cess adalah panggilan tempatan spesis burung kampung). Panggilan itu sebati hingga ke akhir hayat arwah.

Arwah adalah seperti anak remaja lain. Selalu menyeringai riang dan ingin bebas. Tiap kali berjumpa dengannya, pastinya yang pertama aku perasan adalah sengih menyeringainya. Ringan tulang, tak pernah berkira macam abangnya juga. Masih segar kenangan awal-awal dulu, ketika Klikcafé masih di dalam kompleks Centre Point, semasa 'zaman bunga' arwah ber'couple' ngan Achik, yang ketika itu bekerja dengan aku. Setiap tengahari bila terjenguk kepala arwah di pintu cc, aku selalu bergurau sinis dengan mereka.. "Haaa.. nak bawak Achik time kerja, kena bayar aku sepuluh ringgit sejam.." Sengih.

Setiap minggu arwah singgah di sini walau tanpa tujuan, walau abangnya ada di cc ni atau tiada, atau walau sekadar menjenguk seminit dua membelek paper. Baru sehari dua aku, abah dan Ika terserempak dengan arwah di Taman Chukai Utama, awal pagi ketika menghantar Ika melapor diri hari pertama bekerja. Sungguh tak siapa menduga, sungguhnya Tuhan itu Maha Berkehendak, rupa-rupanya sapaan aku bertanya ttg kerjayanya pagi itu adalah sapaan salam yang terakhir.

Al-fatihah buat arwah Wahyu Idzwan dan sekalung takziah buat keluarga Wahyudhy dan Pakcik Zukara di Setiu.

Sunday, August 04, 2002

Menyisir Harum Pelangi


.: Menyisir Harum Pelangi :.

Julai yg terkapai-kapai itu sudah lemah tak tergapai.. Sepi tanpa julang, sudah mati lemas. Berkuburlah di situ, tanpa mahu kupacak nisan ingatan. Cukuplah sekali dihadir beriak 'Julai' sebegini. Tak ingin lagi kutemu, kutemani..

Selamat bertatih Ogos yg merah. Cepat-cepatlah belajar bertapak, dan berlari.. Kuat!


Aku tak mahu leweh-leweh lagi..

Aku dah belajar pelan-pelan menerima perubahan baru. Ogos harus tegar; segar bugar. Aku nak jiwai lewat semangat Tunku - Bapa Kemerdekaan, eh! tak tak.. aku lebih mengagumi kental perjuangan Dato' Onn - Pengasas Kemerdekaan sempena bulan Ogos ni.. Aku mahu jadi lebih degil dari Dato' Onn.. Kalau Dato' Onn tubuh tiga wadah saluran parti berbeza sepjg perjuangannya, aku kena tubuh 4 atau 5 parti tupperware sekurangnya.. Kalau Dato' Onn akhirnya tewas terluka, tidak disanjung di akhir-akhir perjuangannya, dan jarang sekali pengkisahan perjuangannya dicatit secara agung dalam catan politik tanahair, aku juga mahu lebih teruk dari itu.. sebab aku percaya, hanya 'petualang' yang sebenarnya seorang pejuang.

Demi satu perubahan hidup, demi sebuah masa depan yg kekal.. dan aku hadam lumat sebaris pernyataan hidup dr seorang pejuang sektor perbendaharaan yg terpaksa akur dengan protokol ketat untuk 'online' di pejabat baru bertangga seribu itu.. " Satu-satunya perkara yang kekal dalam hidup adalah perubahan.."

Selamat berulangtahun CAS!

p.s Eh! Tema Hari Kebangsaan tahun ni ape ekkk?? :) Aku tak ingat bila kali terakhir aku amik tahu benda-benda camni.. zaman sekolah kot?! :(

Thursday, August 01, 2002

Keluar kau, keluar.. ini tubuh badan aku..!


Saya tak tahu. Saya tak berkesempatan. Saya tak mampu.

Saya minta maaf ekkk kalau membazir masa awak-awak semua**, dah la lambat loading - masuk menjenguk entri yg sama 2,3 minggu ni.. "Saya pon rasa nak sepak jer muka rimau tu, encik.."

Saya masih tak berdaya, takde momentum yg mendesak.. mungkin esok saya dapat balik jiwa saya, saya sambung. Boleh? (jgn la cakap "boleh blah.." camtu. kesian kat pankreas© saya..)


awak-awak semua** baca ada la sorang dua yg saya selalu perasan kehadiran jengukan diorang, walaupun dlm sebulan Julai ni saya updek skali due jer :) Mungkin kalau mencecah 'jama~' pon, setakat tiga kot.. afdhal kalo saya sebut 'musanna' jer.. Maceh.. (angguk² sambil ber'su~u`zan' yg 2,3 org sahabat tu pon tersilap 'ketik' link tu, pastu nyesal.. hahaha!)